Bubur nasi merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Cina dan sering dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian makan malam.
Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best!
BUBUR NASI BERLAUK
Ads
BAHAN-BAHAN:
250gm beras |di cuci bersih
1 liter air
Secubit garam
BAHAN-BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN:
2 ikat kangkung
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
10 biji cili padi merah atau hijau
Garam secukupnya
Gula secukupnya
1 kiub ikan bilis
125ml air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih.
Bubur ini dinikmati bersama jeruk asin, telur masin dan ikan kering.
Untuk menyediakan Kangkung Belacan, potong sayur kangkung dan cuci bersih.
Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi sehingga lumat.
Ambil dua batang serai dan ketuk. Asingkan seketika.
Tumiskan cili dan bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tumis sehingga naik baunya.
Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
Masukkan kangkung dan gaul rata. Biar kangkung sedikit lembut dan segera tutup api.
Angkat dan nikamti bersama bubur nasi tadi.
IDEA LAUK YANG SESUAI DINIKMATI BERSAMA BUBUR NASI
Setiap negeri di negara kita tentunya mempunyai hidangan tertentu yang dianggap istimewa, termasuklah negeri Terengganu Darul Iman, Selain terkenal dengan nasi dagangnya, terdapat pelbagai lagi masakan asli Terengganu yang khas dihidangkan terutama pada hari perayaan atau majlis kenduri. Tentunya dapat menambat selera para tetamu yang bertandang.
GULAI KERUTUK KAMBING
BAHAN-BAHAN:
1kg daging kambing |potong ikut citarasa
5 sudu makan rempah kerutuk
1 sudu makan rempah kari
1/2kg santan
3 biji ubi kentang|potong empat
2 labu bawang besar
4 biji lada besar hijau
1 keping gula melaka
2 sudu makan kerisik
Garam dan gula secukupnya
BAHAN TUMIS:
1/2 biji bawang besar |hiris halus
2.5cm halia |hiris halus
2 ulas bawang putih |hiris halus
2 batang serai| dititik
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
20 biji cili kering
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
0.75cm halia
0.75cm lengkuas
2 batang serai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan hiris hingga wangi. Masuk kulit kayu manis/ bunga lawang/ buah pelaga hingga naik bau.
Setelah itu masukkan bahan kisar dan tumis sampai pecah minyak.Masukkan rempah kerutuk dan rempah kari. Biarkan rempah betul-betul masak. Jika terlalu kering atau seperti hendak hangit, tambah sedikit air atau minayk masak. Kacau sekata.
Apabila pecah minyak, masukkan daging kambing yang telah dipotong dan kacau agar daging sebati dengan bahan tumisan.
Masukkan santan, gula Melaka dan kerisik. Biarkan mendidih. Biarkan daging mereneh dalam anggaran tempoh ½ jam.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak hingga mendidih.
Masukkan ubi kentang, bawang besar dan lada hijau. Masak hingga kuah pekat atau pecah minyak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Daging kerutuk ini sedap dimakan dengan apa-apa nasi seperti nasi minyak/ kebuli atau nasi putih sahaja. Kuah kerutuk ini lebih sedap jika dipanaskan semula.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 40 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Rasa rempah ratus
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Tumis dan reneh
Anggaran kos: RM25
NASI KEBULI STAIL TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan beras basmathi
3 cawan air rebusan rempah
1 biji bawang besar|mayang
2 helai daun pandan
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit minyak/ planta untuk menumis
5cm halia|titik
Garam secukupnya
BAHAN UNTUK AIR REBUSAN REMPAH:
2 batang kayu manis
5 biji cengkih
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
1 sudu makan lada hitam
3 sudu makan ketumbar
3 cawan air
CARA MEMASAK:
Untuk membuat air rebusan rempah; rebus air dengan rempah ratus sehingga air bertukar warna perang gelap. Anggaran 30 minit. Tetapi lagi
Untuk memasak nasi; Tumis kulit kayu manis, bunga cengih, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan hirisan bawang besar sehingga bertukar keperangan dan letakkan daun pandan.
Selepas itu, masukkan air rebusan rempah tadi. Perasakan dengan garam secukup rasa.
Tunggu hingga mendidih baru masukkan beras. Kacau seketika dan tutup periuk. Masak hingga nasi masak sepenuhnya.
Info chef: Nasi yang dimasukkan apabila air sudah mendidih akan lebih cantik dan berderai.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : rasa nasi yang penuh aroma dan perisa
Jenis masakan : Lauk pauk
Cara memasak : Rebus, tumis dan reneh
Anggaran kos: RM20
SAMBAL IKAN DAN KELAPA STYLE TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji kelapa parut | sangai tanpa minyak sampai garing keperangan
1/2 kilo ikan selayang/ kembung | rebus dan ambil isi ikan sahaja
3 batang serai | hiris halus
BAHAN UNTUK TUMBUK:
5 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2.5cm halia
Sedikit gula Melaka dan garam
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam kelapa yg telah disangai.
Goreng kesemuanya menggunakan api kecil sampai kering.
Perasakan dengan gula melaka dan garam secukup rasa. Sambal lebih sedap kalau sedikit manis.
Sejukkan dan kisar/ tumbuk kasar.
Sedia dihidangkan.
Info chef: Enak dimakan bersama lemang dan ketupat.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Melayu
Keistimewaan : Berlemak dan agak manis
Jenis masakan : Sambal kering
Cara memasak : Goreng
Anggaran kos: RM20
GULAI IKAN TONGKOL TERENGGANU
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan aye/ tongkol hitam (lebih kurang 1 kg)
1/2kg santan
3 sudu makan cili kering kisar |tambah jika suka pedas
3 sudu makan rempah gulai ikan Nasi Dagang (Terengganu)
2 keping asam keping
2 sudu makan gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 – 7 biji belimbing buluh (jika ada)
Garam secukupnya
Minyak masak secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai. Masak sehingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan santan dan masak sehingga hampir pecah minyak.
Masukkan ikan yang direbus, asam, gula Melaka dan garam secukup rasa. Terus mereneh sehingga pecah minyak dan agak pekat.
Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renehkan sehingga agak pekat dan pecah minyak.
Angkat dan sedia dihidangkan.
Info chef: Untuk lebih enak, ikan aye/tongkol direbus dahulu bersama sedikit garam, hirisan bawang merah, bawang putih dan asam gelugur. Biarkan semalam dan keesokan hari baru digulai. Seeloknya gunakan ikan tongkol/aye hitam kerana teksturnya lebih kenyal.
Hidangan nasi ayam antara menu yang mudah disediakan. Hanya ada nasi, ayam, sup, sos cili dan kicap. Namun rahsia kesedapan dah tentulah pada nasinya.
Kena ada bau harum dan nasinya gebu, barulah dikatakan enak. Nak dapatkan nasi ayam yang sebegini memang ada cara memasaknya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Aisyah Humaira ini.
Nasi ayam gebu, harum & sedap
Bahan-bahan:
1 ketul butter (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya
Bahan tumis:
1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia
Cara Membuat:
1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.
2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.
3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.
Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.