Idea Hidangan Sarapan, Bubur Nasi Berlauk. Nampak Simple Tapi Mengenyangkan!

Share

Bubur nasi merupakan antara makanan kegemaran masyarakat Cina dan sering dijadikan sebagai menu sarapan pagi. Malah, anda juga boleh menikmati hidangan ini sebagai sajian makan malam.

Sama seperti nasi putih biasa, bubur nasi ini enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan sampingan. Biasanya ia dihidangkan bersama ikan bilis goreng, lobak jeruk, sawi asin, kacang goreng dan sebagainya. Memang best!

 

BUBUR NASI BERLAUK

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm  beras |di cuci bersih
  • 1 liter air
  • Secubit garam

BAHAN-BAHAN KANGKUNG GORENG BELACAN:

  • 2 ikat kangkung
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci  belacan
  • 10 biji cili padi merah atau hijau
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis
  • 125ml air
  • Minyak untuk  menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tanak nasik seperti biasa hingga menjadi bubur putih.
  2. Bubur ini dinikmati bersama jeruk asin, telur masin dan ikan kering.
  3. Untuk menyediakan Kangkung Belacan, potong sayur kangkung dan cuci bersih.
  4. Tumbuk atau kisar bawang merah, bawang putih, belacan, dan cili padi sehingga lumat.
  5. Ambil dua batang serai dan ketuk. Asingkan seketika.
  6. Tumiskan cili dan bahan-bahan yang telah ditumbuk atau dikisar terlebih dahulu. Tumis sehingga naik baunya.
  7. Tambahkan air jika terlalu kering. Masukkan kiub ikan bilis, garam dan gula.
  8. Masukkan kangkung dan gaul rata. Biar kangkung sedikit lembut dan segera tutup api.
  9. Angkat dan nikamti bersama bubur nasi tadi.

 

IDEA LAUK YANG SESUAI DINIKMATI BERSAMA BUBUR NASI

 

1. IKAN TAMBAN GORENG CILI BAWANG

 

2. ANEKA LAUK PAUK BERGORENG

3. DAGING GORENG KENTANG

4. UDANG MENTEGA DAUN KARI

5. SAMBAL PECAH TELUR

Published by
Mastura Abu Kassim