Bila dihidang dengan bubur nasi bersambal orang yang demam pun boleh kebah, sesuai untuk selera mereka yang tak sihat. Buka selera sungguh makan macam ni. Slurpp slurppp tak sedar habis semangkuk, cubalah buat,confirm bertambah-tambah.
Bubur Nasi Bersambal
Bahan-bahan:
Ikan bilis & udang kering
Cabai masak
Cabai kecil
Bawang besar
Bawang putih
Belacan
Gula & garam
Air perahan limau
Hirisan halia
Hirisan daging
Daun bawang dan bawang goreng
*Sukatan terpulang kepada cita rasa anda
Cara memasak:
1.Ikan bilis dan udang kering. Goreng ikan bilis dahulu, dah separuh garing baru masukkan udang kering yang dah direndam dalam 15 minit. Rendam sebab nak bagi kembang dan lembut.
2.Cabai masak, cabai kecil, bawang besar, bawang putih, belacan dikisar kasar. Tumis bahan ni macam biasa, dah garing masukkan gula,garam dan air limau. Rasa secukup rasa. Tak perlu masukkan air sebab ni versi sambal kering yang sesuai dimakan dengan bubur nasi.
3.Bubur nasi dimasak seperti biasa, masukkan halia dan garam. Saya tambah daging dalam bubur tu,rasa lemak berkrim.
4.Nak makan taburlah daun bawang dan bawang goreng. Bawang goreng tu buat sendiri, lagi sedap dari yang beli.
Kredit: Amy Aziz Mohamed