Bubur Nasi Daging Lengkap Dengan Sup & Cili Kicap. Paling Senang Nak Buat

Share

Tak payah tunggu demam baru boleh makan bubur nasi. Menu ini memang tidak membosankan, sangat mudah menyediakan. Orang Kedah panggil moi sup daging. Tambah sedap bila dicampur dengan cabai ikan bilis goreng . Pergh orang lalu sebelah pun tak pandang.  

Bahan untuk Bubur /Moi

  • Beras
  • Hirisan halia
  • Hirisan bawang putih
  • Sedikit isi ayam
  • Garam secukup rasa

Cara memasak:

1.Rebus beras macam biasa buat bubur nasi. Nak pekat kurangkan air, nak cair tambah air sedikit .

2.**ni optional. Bila bubur sudah masak boleh gorengkan sedikit bawang putih kemudian masukkan dalam bubur sekali minyak bawang.

3.Kacau rata bubur/moi tersebut.

Makan beginipun  dah sedap walaupun tiada sup.

Sup Daging / Ayam

Bahan-bahan:

  • Daging/ayam
  • 1 inci halia -BELI ONLINE DI SINI
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih-BELI ONLINE DI SINI
  • 7 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/2 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • Sedikit lada hitam
  • Asam keping ( letak jika suka)
  • Garam secukup rasa

Cara memasak

1.Sedikit daging/ayam dibersihkan.

2.Letakkan bahan tumbuk iaitu halia ,bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk bersama ayam/daging serta sedikit air. Jangan lupa masukkan bunga cengkih.

3.Tambahkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga sedikit lada hitam jika suka dan setengah keping asam keping. Rebus semuanya sehingga empuk kemudian bolehlah perasakan dengan garam.

Bahan untuk cili

  • Ikan bilis
  • 1 biji bawang besar
  • Sedikit cili padi
  • Kicap
  • Limau nipis

Cara membuat:

1.Goreng ikan bilis ketepikan.

2.Kemudian goreng pula bawang besar dan sedikit cili padi digoreng bersama tak perlu asingkan.

3.Goreng sampai sedikit layu.

4.Angkat dan tumbuk ketiga-tiga bahan ini.

5.Kemudian masukkan sedikit kicap dan limau nipis jika suka.

Selamat mencuba.

Kredit resipi & foto: Koleksi Resepi Mudah dan Sedap

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru?  Klik sini

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Putri