
Sengkuang cina membantu menyejukkan badan. Sesuai sangatlah dicuba dikala musim panas terik ni. Cara nak buatnya pun mudah. Anda pasti sukakan rasanya.
BUBUR SENGKUANG CINA
- 1/2kg sengkuang cina | dipotong dadu
- 250gm tepung ubi
- 150gm gula pasir
- 1/2 biji kelapa
- Beberapa helai daun pandan
- Sedikit pewarna merah, hijau dan kuning
- Secubit garam
- Bahagikan sengkuang kepada tiga bahagian dan rendamkan dalam air berwarna merah, hijau dan juga kuning. Biarkan direndam seketika.
- Tos sengkuang kemudian digaulkan dalam tepung ubi sehingga rata.
- Didihkan air dan masukkan kesemua sengkuang tadi. Biarkan masak sehingga sengkuang timbul di permukaan air.
- Angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Tos airnya.
- Dalam periuk berasingan, didihkan santan bersama gula, garam serta daun pandan yang disimpul. Biarkan mendidih dan pekat.
- Masukkan sengkuang cina ke dalam kuah santan dan kacau sebati.
- Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.
ANDA MUNGKIN SUKA:
Resipi Pavlova Sedap & Tak Terlalu Manis. Sedang-Sedang Elok Je!
Mixed Berries Croissant Pudding. Manisan Mewah Tapi Boleh Buat Dengan Kos Murah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuah Rojak Buah Terengganu Sedap Makan Lepas Tarawih

Isi Kandungan
ToggleKuah rojak buah Terengganu ini memang sedap kalau makan waktu lepas tarawih, ketika moreh. Sambil berehat dengan santai. Ada yang panggil colek buah.
Memang ada tersedia dijual kuah yang siap. Tapi, kalau buat sendiri lagi puas hati. Kita dapat ubahsuai ikut selera kita sendiri. Tak susah pun nak buat kuah rojak ni.
Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Encik Muliadi Ramli ini ye.
Kuah Rojak Buah Terenganu
Bahan-Bahan:
1 keping nisang ( besar)
2 senduk kicap manis – boleh beli online di sini
1senduk sos cili – boleh beli online di sini
2 sudu besar sos tomato – boleh beli online di sini
Garam – boleh beli online di sini
Gula secukup rasa – boleh beli online di sini
2 sudu makan cuka – boleh beli online di sini
Sedikit perasa
2 sudu besar petis udang
Biji bijan ( disangai)
Kacang tanah ( disangai dan ditumbuk) – boleh beli online di sini
1 sudu makan tepung jagung (untuk memekatkan kuah) – boleh beli online di sini
Bahan-bahan (kisar Halus):
15 tangkai cili kering – boleh beli online di sini
10 biji cili padi/ Thai – boleh beli online di sini
Belacan sebesar ibu jari ( bakar sikit) – boleh beli online di sini
Untuk Buah ( jenis buah boleh ikut suka):
Ubi sengkuang
Timun batang
Nanas
Mempelam muda
Belimbing
Cara Memasak:
Masukkan bahan kisar dalam kuali, Kemudian masukkan nisang. Biar mendidih dan cair.
Kemudian masukkan kicap manis, sos cili dan sos tomato serta cuka. Kacau rata.
Setelah itu, masukkan bijan dan kacang tanah. Perasakan dengan gula putih dan garam serta perasa. Kacau sebati. Untuk memekatkan kuah, masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, ikut kepekatan yang dikehendaki. Kuah rojak mesti rasa pedas-pedas, manis-manis dan sedikit masam.
Siap kuah dan ketepikan.
Untuk sediakan rojak buah ni, potong buah-buahan itu ikut suka.
Ambil buah yang dipotong, letakkan kuah rojak. Tabur kacang tanah. Siap untuk dimakan. sedap!
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Inti Sedap, Kulit Rangup. Kak Ros Kongsi Resipi Karipap Daging Paling Best

Karipap Daging, Karipap Sardin, Karipap Pusing dan beberapa lagi variasi inti adalah antara kegemaran rakyat Malaysia. Kuih ini sesuai dinikmati pada bila masa dan jadi kegemaran ramai tanpa mengira usia. Bermurah hati berkongsi resipi Karipap Daging jualannya, saudari Rosni Musa juga berkongsi petua menghasilkan kulit karipap yang rangup dan sedap. Caranya ialah dengan menggunakan air kapur jernih. Ha…Nanti bolehlah cuba ya. Jom lihat bahan-bahan lain yang diperlukan.
RESIPI KARIPAP DAGING RANGUP & BERINTI SEDAP
BAHAN KULIT KARIPAP:
- 1kg tepung gandum – beli online DISINI
- 3/4 cawan minyak masak – beli online DISINI
- 2 sudu makan marjerin – beli online DISINI
- 2 sudu makan air kapur jernih – beli online DISINI
- 1 sudu teh garam – beli online DISINI
- 400ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak bersama marjerin hingga marjerin cair.
2. Di dalam bekas besar, tuang tepung lalu dicurahkan minyak panas tadi.
3. Gaul rata menggunakan senduk hingga menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air kapur jernih ke dalam bekas yang berisi air sejuk. Air kapur ini adalah tip nak merangupkan kulit karipap.
5. Tambah sedikit garam dan kacau hingga garam larut.
6. Tuang air sejuk tadi ke dalam tepung. Gaul sebati dan uli sehingga doh tidak lekat di tangan.
7. Doh yang siap diuli.
8. Masukkan doh ke dalam plastik dan biarkan selama 30 minit.
9. Ambil doh dan bulatkan kecil. Masukkan kembali ke dalam plastik dan perap selama 1-2 jam.
Sementara itu bolehlah buat intinya.
BAHAN INTI KARIPAP DAGING:
2kg kentang – didadu – beli online DISINI
300gm daging dicincang
2 biji bawang merah besar – didadu – beli online DISINI
2 ulas bawang putih – diracik – beli online DISINI
2 sudu makan rempah kari daging – beli online DISINI
2 sudu makan cili kisar – beli online DISINI
Sedikit daun sup – beli online DISINI
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar. Tumis lagi.
3. Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Renihkan seketika.
4. Perasakan dengan garam, gula & perencah cukup rasa. Jumlahnya agak-agak sahaja jangan terlalu berlebihan.
5. Kemudian masukkan ubi kentang. Kacau rata.
6. Renihkan kentang sehingga empuk. Tak perlu tambah air kerana kentang akan mengeluarkan air. Bila sudah masak, padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
7. Masukkan daun sup dan gaul rata. Alihkan inti ke dalam bekas.
8. Ambil sebiji doh dan canaikan. Letak inti dan tutup doh.
9. Kelim hujung doh dengan cantik dan kemas.
10. Karipap yang telah siap di kelim.
11. Panaskan minyak. Goreng karipap dengan menggunakan api sederhana perlahan.
12. Angkat dan toskan.
13. Karipap untuk minum petang sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rosni Musa
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cara Buat Kulit, Sambal & Inti Popia Basah Yang Sedap.

Suka makan popia basah? Asyik beli je di pasar malam, lepas ni bolehlah cuba buat sendiri. Tak susah pun. Jom cuba resipi perkongsian saudari Ziela Lewis ni. Memang mudah dan senang untuk dihasilkan. Anda boleh cuba nanti.
CARA BUAT POPIA BASAH HOMEMADE
BAHAN-BAHAN KULIT POPIA:
- 2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur putih
- 3/4 cawan air
- 2 sudu makan cuka
- Secubit garam
CARA MEMBUAT KULIT POPIA:
- Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk, gaul sebati. Boleh guna tangan atau sudu. Jika adunan nampak pekat, boleh tambah sedikit air.
- Tutup adunan dan perap 30 minit.
- Selepas 1/2 jam, panaskn kuali leper@ non-stick. Ambil sejemput adunan dan lenserkan di atas kuali nipis-nipis.
- Biar seketika, kemudian angkat perlahan dengan menarik kulit popia dari tepi. Ulang proses ini hingga habis.
- Kulit popia ni boleh letak bertindan kerana ia tidak melekat.
BAHAN SOS POPIA:
- 12@14 cili kering – buang biji, rebus dan toskan. Kemudian kisar halus dengan 1 cawan air
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2-3 sudu makan gula perang
- 1 sudu makan gula pasir
- 1 sudu makan kicap manis
- Minyak untuk menumis
CARA-CARA BUAT SOS:
- Kisar bawang besar dan bawang putih hingga halus.
- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan cili dan masak hingga pecah minyak.
- Masukkan gula perang, gula pasir dan kicap manis. Masak hingga pekat menggunakn api perlahan. Tambah garam secukupnya.
BAHAN-BAHAN INTI POPIAH:
- Sengkuang jika suka- hiris nipis @ memanjang
- Tauge- bersihkan
- 1/2 biji kubis – racik halus
- 1 batang lobak merah – hiris memanjng
- Segenggam udang – buang kepala & ekor. Potong kecil
- 1/2 biji bawang besar – cincang halus
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- Udang kering – tumbuk halus
- Garam dan minyak untuk menumis
CARA-CARA SEDIAKAN INTI:
- Panaskan 2 sudu besar minyak dalam kuali, tumis udang, bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Guna api sederhana.
- Masukkn kubis dan lobak merah. Kacau hingga layu.
Masukkan tauge, sengkuang, udang kering dan garam. Kacau sebati dan rasa garamnya. (masak sekejap sahaja bahan inti ini)
BAHAN TABUR:
- Kacang tanah – disangai, buang kulit dan tumbuk
- Udang geragau kering – disangai dan tumbuk halus.
- Bawang goreng
CARA MENYEDIAKAN POPIA BASAH:
- Sediakan kulit popia dan sapukan sedikit sos.
- Masukkan inti dan gulung kemas. Buat sampai habis.
- Tuangkan sos di atas popia tadi dan letakkan bahan tabur. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto : Ziela Lewis