
Petang macam ni tengah fikir apa yang sedap nak makan dengan bahan-bahan yang terhad ada di rumah. Teringat pula kenikmatan bubur sum sum aduhai bila disiram dengan gula melaka memang tak terkata. Buat kemudian simpan dalam peti sejuk. Memang tak jemu makan.
Bubur Sumsum
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1sudu kecil garam
Daun pandan
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati. Api (sederhana saja ya) kacau tanpa henti supaya tidak berketul-ketul.
2.Kacau sehingga tepung masak dan pekat.
3.Padam api dan tuangkan dalam acuan atau dalam bekas. Sejukkan.
Air gula
3 ketul gula Melaka
Sedikit gula putih(ikot kemanisan masing-masing)
Air daun pandan
Cara memasak:
Campur semua dan masak atas api… Siap, Masukkan dalm peti sejuk. Bila dah sejuk, keluarkan dua-dua. Potong Bubur Sumsum siram dengan air gula.
Ngap masuk mulut… Sedapnya sejuk!!!
Selamat Mencuba
Kredit resipi &foto :Yna Sidek
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cara Buat Talam Keladi Lemak Terasa

Ada yang teringin dengan kuih talam keladi? Buat yang teringin dan nak makan puas, min share resipi oleh Puan Nor Wahid. Mungkin dah ramai yang tahu buat..tak apa saya share lagi resipi untuk yang baru nak try buat talam keladi. Ini cara saya sebab talam keladi ni banyak versi membuatnya.
Lapisan Bawah A
220gm tepung beras – BELI DI SINI
50gm tepung ubi – BELI DI SINI
2 sudu teh garam
300 ml santan pekat
550 ml air
Bahan B
300 gm keladi.. buang kulit, potong dadu kecil n kukus n timbang
Cara-cara
Step 1 Bahagian Bawah
keladi dibuang kulit, potong dadu kecil dan kukus dan timbang . Kukus dulu baru timbang. 300gm. Toskan airnya. Biarkan, sementara itu kita siapkan langkah seterusnya
Step 2 Bahagian Bawah
Bancuhkan 220gm tepung beras, 50gm tepung ubi, 300ml santan, 550ml dan 2 sudu teh garam.. kacau sebati, tapis ke dalam periuk
Step 3 Bahagian Bawah
Kacau di atas api sederhana semua bahan tadi. Di sini banyak resepi kata hingga naik wap… naik wap di sini maknanya agak pekat iyer …masa kita kacau tu terasa berat
Step 4 Bahagian Bawah
Bila dah terasa berat adunan tadi, tutup api terus masukkan keladi dan kacau terus.. bab ni tak perlu keladi dengan api menyala, sebabnya keladi sudah masak tadi kita kukus.. sebab itulah sebaik sahaja terasa berat maknanya pekat adunan terus tutup api dan masukkan keladi dan kacau dengan spatula pula.
Step 5 Bahagian Bawah
Curahkan ke dalam loyang 10×10 yg dilapik plastik. Cara melapik ialah dengan basahkan sedikit loyang dengan air, kemudian letakkan plastik 16×16 dan sapukan sedikit minyak dikeliling dinding loyang .Dengan ini plastik melekat atas dengan cantiknya di BELI DI SINI
Kukus selama 30 minit…sementara tunggu lapisan bawah masak, kita terus boleh siapkan bahan untuk lapisan atas
Lapisan Atas-Kepala
140gm tepung gandum – BELI DI SINI
20gm tepung beras
240gm gula halus
2 biji telur grade A (3 biji gred B) – BELI DI SINI
200ml santan pekat
400ml air
sedikit pewarna ungu
1/2 sudu garam
Cara-cara
Step 1 Bahagian Atas
1- Masukkan 240gm gula dan ½ sudu teh garam ke dalam periuk.. di sini saya tidak campurkan dalam adunan gandum + santan sebab gula lambat hancur.
2-Dalam bekas lain, campurkan 140gm gandum , 20gm tepung beras, 200ml santan , 400ml air, 2 biji telur dan sedikit pewarna purple.Kacau rata dan sebati.
Step 2 Bahagian Atas
1- Bila sudah sebati adunan di step 1, tapis ke dalam periuk yang berisi gula dan garam tadi..
2- Kemudian kacau di atas api sederhana hingga naip wap..naik wap di sini maknanya tidak cair dan tidak pekat. Cara saya ialah saya tonggeng sikit periuk dan kalau nampak ada sikit sikit adunan melekat di periuk, terus saya tutup api.
3.Kemudian tuang di atas lapisan keladi dengan perlahan…lapisan keladi tadi jangan lupa cakar manja dengan garpu sebelum tuang bahagian atas, agar ia lekat tidak tanggal nanti. Jangan terus tuang gitu saja tau, biarkan adunan itu jatuh di atas spatula.
Kukus lagi 40 minit …. 30 minit tak berapa nak masak .
Saya tutup loyang dengan aluminium foil sebab saya malas nak lapkan tutup pengukus tiap 5 minit … kalau adik kakak rajin lap tutup pengukus tak payah guna aluminium foil.
Kredit : MrsNor Wahid
#mahn
Dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
https://www.rasa.my/talam-jagung-coklat-hidangan-minum-petang-yang-sempurna/
https://www.rasa.my/resipi-kuih-seri-muka-mini-sedap-mudah-tak-perlu-kukus-lama/
https://www.rasa.my/resipi-tepung-boko-ubi-kayu-sedap-mudah-tak-guna-banyak-bahan/
Kuih Akok Berkedut Lembut Boleh Dihidang Sarapan & Minum Petang

Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK

BAHAN-BAHAN
- 6 biji telur
- 1 cawan santan
- 1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
- 1 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
- Pukul telur sampai kembang
- Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
- Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
- Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Kredit: Wan Amira Wan Hanapi
Vadai Kuih Tradisi Masyarakat India Yang Digemari Rakyat Malaysia

Ada yang panggil vadai, vada, wada, vade tapi sering disebut ‘Wah-dei’, merupakan sejenis makanan masyarakat India. Kuih yang asasnya diperbuat dari kacang dhal dan dicampur dengan ramuan seperti cili, bawang, daun kari, jintan dan daun kari.


VADAI
BAHAN-BAHAN:
1/ 2 kilo kacang dhal (rendam 2 atau 3 jam bagi elok kembang)
CARA MEMASAK:
- Toskan dan asingkan 2 sudu besar kacang dal.
- Kemudian kisar bakinya dengan sedikit air (hanya sedikit air). Kalau blender tidak boleh pusing kacau kacang itu guna senduk dan blend lagi. Tidak boleh juga baru tambah air sedikit. (Jangan kisar sampai hancur sangat)
- Sudah siap kisar tapis guna penapis.
*Boleh juga guna blender kering (tapi hasilnya nanti agak keras)

BAHAN LAIN:
- 2 sudu besar kacang dhal yang sudah di asingkan tadi
- 1 1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
- 2 biji cili merah (hiris nipis)
- 3- 4 tangkai daun kari (hiris nipis)
- 3 sudu besar jintan manis (tumbuk kasar)
- 1 sudu teh garam
- Sedikit serbuk perasa(tidak letak pun tidak apa)
- 3 sudu besar tepung gandum (kalau guna blender kering jangan tambah tepung)




CARA MEMASAK:
- Satukan kacang dhal yang dikisar dengan semua bahan-bahan lain.
- Simpan seketika dalam peti sejuk di bahagian bawah lebih kurang 30 minit dalam keadaan menyenget (letak bekas tinggi sebelah supaya air dalam adunan itu boleh mengalir ke tepi dan mudah untuk di buang nanti) kalau guna kisar kering tidak perlu simpan dalam peti.
- Kemudian panaskan minyak dengan api sederhana. Ambil adunan kemudian leperkan sidikit pada senduk nasi bagi padat dan luncurkan dalam minyak panas. Bila sudah garing bolehlah angkat dan makan.
Tip: Untuk hasil kuih yang lembut dan ranggup guna blender basah. Untuk hasil yang keras dan ranggup guna blender kering.

Kredit: Mariana Zainal

