Petang macam ni tengah fikir apa yang sedap nak makan dengan bahan-bahan yang terhad ada di rumah. Teringat pula kenikmatan bubur sum sum aduhai bila disiram dengan gula melaka memang tak terkata. Buat kemudian simpan dalam peti sejuk. Memang tak jemu makan.
Bubur Sumsum
Bahan-bahan:
1 cawan tepung beras
2 sudu tepung jagung
4 1/2 cawan santan
1sudu kecil garam
Daun pandan
Cara memasak:
1.Masukkan semua bahan dalam periuk. Kacau sebati. Api (sederhana saja ya) kacau tanpa henti supaya tidak berketul-ketul.
2.Kacau sehingga tepung masak dan pekat.
3.Padam api dan tuangkan dalam acuan atau dalam bekas. Sejukkan.
Air gula
3 ketul gula Melaka
Sedikit gula putih(ikot kemanisan masing-masing)
Air daun pandan
Cara memasak:
Campur semua dan masak atas api… Siap, Masukkan dalm peti sejuk. Bila dah sejuk, keluarkan dua-dua. Potong Bubur Sumsum siram dengan air gula.
Ngap masuk mulut… Sedapnya sejuk!!!
Selamat Mencuba
Kredit resipi &foto :Yna Sidek
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Boleh Buat Sendiri & Makan Panas-Panas Kuih Akok Berkedut Lembut Di Rumah
Akok, kuih muih tradisional yang popular Malaysia terutama di pantai timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Lembut kearana Akok adalah kuih yang berasaskan telur dan dibakar menyedapkan lagi rasa.
KUIH AKOK
BAHAN-BAHAN
- 6 biji telur
- 1 cawan santan
- 1 cawan gula merah (gula ni masak dulu bagi cair)
- 1 sudu tepung gandum
- 2 sudu tepung beras
CARA MEMASAK:
- Pukul telur sampai kembang
- Bila sudah kembang masukkan santan dan kacau sehingga sebati.
- Selepas itu masukkan gula merah dan kacau sebati.
- Bila sudah sebati, masukkan tepung gandum dan tepung beras. Kacau laju-laju supaya jangan bagi berketul-ketul. (kalau berketul boleh tapis untuk dapat bancuhan yang halus)
- Panaskan dapur dan letakkan sedikit minyak. Selepas itu tuangkan bancuhan ke dalam acuan. Biarkan sampai masak.
Info: Dengan adunan ini anda boleh dapat dalam 21 ketul jika mengikut acuan seperti di atas.
Kredit: Wan Amira Wan Hanapi
Tepung Talam Pandan Bergedik Ikut Sukatan Cawan.Lemak & Lembut.
Sedapnya dapat menikmati kuih talam pandan. Lapisan atasnya putih yang diperbuat daripada santan, lembut dan sedikit masin. Manakala bawahnya dilapisi oleh jus pandan, rasanya manis dengan tekstur yang kenyal. Sesiapa yang ingin mencuba “tepung talam pandan” versi goyang..😂 silakan resipinya seperti berikut.
TALAM PANDAN(loyang 10×10 cantik molek dah)nak tebal guna loyang 8*inci@9 inci
Bahan-bahan:
Bahagian bawah
1 cawan gula pasir
4 3/4 cawan air(kalau nak letak santan pun boleh juga)
2 cawan tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar tepung ubi-BELI ONLINE DI SINI
Sedikit pewarna hijau-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu teh garam
8- 10helai daun pandan
Cara memasak:
1.Panaskan kukusan hingga air mendidih. Sapukan minyak/marjerin dan lapik dalam loyang.
2.Kisar daun pandan dan air kemudian tapis.
3.Masukkan tepung gandum, tepung ubi, gula, garam, pewarna ke dalam air pandan tadi.
4.Kacau sebati masak seketika atas api perlahan(jangan lama sekadar sentuh periuk dah rasa panas satu hingga dua minit sambil kacau guna whisk) .
5.Kemudian tapis ke dalam loyang.
6.Kukus 20 minit. Kalau ada air bertakung, buang sikit-sikit guna sudu. Kukus sekejap tanpa tudung periuk kukus.. dalam 5 minit. Cakar-cakarkan sikit atasnya.
Bahagian Atas
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/2 sudu teh garam
Cara memasak:
1.Satukan semua bahan.
2.Kacau sebati dan tapis/ tuang atas adunan yang dah masak tadi. Kukus lagi 20 minit. Dah siap, buka penutup kukus dan kukus lagi 5 minit untuk mengelakkan air bertakung atas kuih. Biarkan sejuk. ( jangan letak dalam peti sejuk) bila dah betul-betul sejuk baru potong. Nak cantik, potong guna pisau plastik.
Tip- sebaiknya buat malam. Esok paginya baru potong. Setiap 7 minit buka tudung kukusan dan lap bawah tudung kukusan. Ulang hingga siap.
Kredit : Mariana Zainal
#mahn
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Klik sini
Red Velvet Oreo Cheesecake Menggoda Selera, Resipi Sedap Nih
Tiga Resipi Kuih Tradisi Orang Pahang Yang Memang Rare Dan Super Sedap. Ni Bulan Puasa Je Selalu Ada.
Kuih-kuih tradisional di Pahang kian pupus kerana generasi kini sudah tidak ambil peduli tentang pembuatan kuih-kuih tradisional ini. Tetapi di Chenor Pahang , kuih-kuih tradisional ini masih wujud apabila lahirnya usahawan-usahawan kecil yg terdiri daripada surirumah yang menjual kuih-kuih tradisional ini di pekan-pekan sehari dan pasar tani di sini.
KUIH PENA
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan tepong pulut(untuk bintang)
- 1 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan Gula
- 6 cawan santan
- 2 biji telor
- 3 helai daun pandan (dimesin dgn kelapa)
- sedikat garam
Cara-caranya :-
- Kelapa, daun pandan dan telur di mesin dan perah untuk mendapatkan 6 cawan santan.
- Campurkan tepung ,gula dan garam.Masukkan santan kacau untuk melarutkan gula.
- Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air untuk menjadi doh dan dibentukkan bintang.
- Daun pisang disapu minyak dan kukus bintang terlebih dahulu selama 3 minit setelah itu tuangkan adunan hijau dan kukus selama 5 minit.
- Setelah masak angkat dan bolehlah dimakan.
KUIH BADAK BERKUBANG
BAHAN-BAHAN:-
- 1/2 kampit tepung pulut
- 1/2 kampit tepung pulut hitam
CARA MEMBUAT:
- Satukan kedua-dua tepung diatas, bancuh dengan air sehingga menjadi doh.
- Bulat-bulatkan isi inti kelapa seperti buah melaka
BAHAN PUTIH:
- 1 cawan tepung beras
- 4 cawan santan
- sedikit garam
CARA MEMBUAT:
- Satukan semua bahan dan kacau rata. Ketepikan seketika
- Kemudian kukus dahulu tepung hitam berinti kepala dahulu sehingga agak masak. Kemudian tuangkan bancuhan bahagian putih .
- Kukus sekejap dan bila sudah masak bolehlah diangkat ‘
KUIH MAHBOB PAHANG / KUIH TAHI MINYAK
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur ayam
- 1 cawan santan pekat
- 1 cawan gula putih
- 3 sudu tepung beras
- 1 cawan ai
- Sedikit pewarna kuning
- 1 helai daun pandan
Sedikit mentega untuk disapukan kepada loyang.
Bahan untuk tahi minyak
- 1 cawan santan pekat
- Sedikit garam
Cara membuat tahi minyak. Masak santan pekat dengan sedikit garam sehingga keluar tahi minyak berwarna coklat2 sikit. Sejukkan & tapis tahi minyak sebelum di tabur di atas kuih.
CARA MEMBUAT:
- 1. Sapu loyang bulat berukuran 8 in diameter dengan mentega.
2. Masak gula, daun pandan & secawan air tadi hingga hancur kemudian sejukkan.
3. Goreng tepung beras hingga kuning dan sejukkan.
4. Panaskan periuk kukusan. Bila air gula dan tepung dah sejuk, pecahkan telur dalam mangkuk ( jangan lupa basuh dulu telur & buang tali pusatnya) masukkan santan pekat dan air gula, kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau lagi perlahan hingga sebati. Akhir sekali masukkan pewarna kuning kacau untuk ratakan.
6. Tapiskan adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 hingga 25 minit.
7. Setelah masak angkat dan sejukkan. Setelah potong hiaskan tahi minyak yang digoreng dengan sedikit garam diatasnya.