
Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.
Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan. Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.
Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya
BUBUR SUM-SUM
BAHAN-BAHAN :
Bahan kuih :
- 1 cawan tepung beras
- 3 cawan santan
- 1/2 sudu teh garam
- Daun pandan
*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)
CARA MEMASAK :
1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa
2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.
Bahan air gula :
- Seketul gula melaka
- 1 cawan air
- Sebatang kecil kayu manis
- Sehelai daun pandan
CARA MEMASAK :
- Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
- Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.
*kayu manis boleh juga ditukar dengan hirisan halia.
*air untuk air gula boleh tambah ikut citarasa manis yang diinginkan.
Sumber resipi :KATHY KAY – JOM jengah dapur KK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Manisan Istimewa Peanut Tang Yuan, Rasa Lemak-Lemak Kacang

Nama manisan ini, Peanut Tang Yuan ataupun bebola beras pulut. Manisan ini disediakan masyarakat Cina sempena Winter Solstice Day.
Manisan Peanut Tang Yuan ini sedap dimakan panas-panas. Bila gigit bebola itu, boleh rasa lemak-lemak kacang disamping kemanisan kuahnya.
Resipi yang dikongsi Manja Mafiaa ini, senang saja untuk dibuat kerana caranya sama seperti nak buat kuih onde-onde.
PEANUT TANG YUAN
BAHAN INTI KACANG:
1 cawan kacang tanah tanpa kulit – beli online di sini
2 sudu gula – beli online di sini
½ sudu marjerin – beli online di sini
TONTON Mango Baked Cheesecake | Dapur Rasa Live
TONTON Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Kacang tanah dipanggang dalam ketuhar dengan suhu 180C selama 20 minit.
2. Kemudian, kisar kering sampai halus dengan gula. Masukkan dalam mangkuk dan gaulkan dengan marjerin.
3. Siap untuk inti kacang. Ketepikan.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Sediakan doh. Tepung pulut dibancuh dengan air. Caranya macam nak kuih buah melaka.
5. Uli sehingga doh tak melekat di tangan. Dah siap doh, boleh bahagi kepada 3 bahagian untuk diwarnakan.
5. Gentel doh dan isikan dengan inti kacang tadi (sama cara macam buat kuih buah melaka).
6. Masukkan di dalam air mendidih dalam periuk. Apabila timbul, boleh angkat dan terus masukan ke dalam bekas yang berisi air dan ais. Ini bagi mengelakkan ia lekat antara satu sama lain.
BAHAN UNTUK KUAH:
200ml air tapis
1 ketul gula kerek (boleh juga guna gula melaka) – beli online di sini
Daun pandan
3 sudu gula putih – beli online di sini
Garam sedikit
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA BUAT:
Masukkan semuanya ke dalam periuk. Masak sehingga ia mendidih. Tutup api. Tunggu sejuk.
Kredit resipi: Manja Mafiaa
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Pertama Kali Buat Muruku Berempah, Menjadi Dengan Resipi Ini
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Buat Roti Telur Berhantu Sebelum Tamat Tempoh, Gerenti Licin Sepinggan

Menu roti sering dihidangkan ketika sarapan. Kadang kala roti yang dibeli jika dalam kuantiti yang besar sukar nak habiskan, silap hari tamat tempoh. Jadi kalau tak nak membazir, jom buat roti berhantu ni. Sekali makan gerenti susah nak berhenti. Lagi-lagi makan waktu panas memang best! Kalau yang dah sejuk rasa still sama cumanya aura sedap tu kurang. Memang senang nak buat sebab bahannya pun hanya perlukan roti, telur dan susu.
Roti Telur Berhantu
Bahan-bahan:
6 keping roti
Susu pekat manis
2 biji telur
Cara membuat:
1.Pecahkan telur dan masukkan dua sudu susu pekat.
2.Kacaulah bagi ia sebati
3.Celup roti.
4.Bahagi dua belah dan celup.
5.Gorenglah tanpa minyak atau kurang sebab kalau minyak banyak ia meresap.
6.Nampak manis warnanya boleh la angkat.
7.Dah angkat ia takkan keras. Lembut begini.
Kredit: Cheyah Saripuddin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
8 Resipi Sup Ringkas Yang Sesuai Untuk Hidangan Makan Tengahari.

Hidangan sup ringkas yang dimasak menggunakan bahan-bahan segar sememangnya sangat lazat. Penggunaan bahan berkualiti seperti makanan laut, isi ayam, daging dan telur memberikan rasa, aroma serta keenakan yang tersendiri. Ditambah pula dengan penambahan aneka sayur-sayuran berkhasiat serta rempah, menjadikan hidangan sebegini semestinya sangat bagus untuk dicuba dan disajikan buat keluarga.
1. SUP UDANG DAN NANAS
BAHAN-BAHAN:
- 300gm udang sederhana besar
- 1/2 biji nanas | dihiris
- 1 biji cili merah
- 2 biji cili padi
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- Sedikit daun bawang | dihiris
- Air secukupnya
- Sedikit minyak masak
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kepingan buah nanas. Tumis seketika.
- Seterusnya masukkan air dan biarkan merenih. Tambahkan cili merah dan cili padi.
- Apabila kuah mendidih, masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam mengikut cita rasa anda.
- Sedia untuk dinikmati.
2. SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 5 keping isi dan tulang kambing
- 1 biji bawang Bombay | dihiris
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 2 ulas bawang merah | dihiris
- 2 sudu makan serbuk rempah sup | tambahkan sedikit air supaya menjadi pes
- 1 kiub stok daging
- 1 sudu teh garam
- 1 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh herba basil
- 1 liter air
- 1 biji ubi kentang | dipotong kiub
- Hirisan cili merah secukupnya
- Hirisan daun bawang secukupnya
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang Bombay, bawang merah dan bawang putih sehingga layu. Kemudian masukkan pes rempah sup dan tumis seketika.
- Masukkan daging serta tulang kambing dan gaul sebati. Tambahkan air dan kacau sebati. Perlahankan api dan biarkan sup merenih.
- Tambahkan kiub stok daging, herba basil dan ubi kentang. Biarkan sehingga masak.
- Perasakan dengan garam mengikut cita rasa anda.
- Hidangkan bersama hirisan cili merah dan daun bawang.
3. SUP KELAPA DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 1 biji air kelapa
- 1 kiub stok ayam
- 100gm isi kelapa | dihiris nipis
- 2 biji cili padi merah | dihiris nipis
- Daun bawang untuk hiasan
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Lumurkan garam pada daging dan bakar pada suhu 150C selama satu jam. Setelah masak, rehatkan daging seketika dan barulah dihiris nipis. Ketepikan seketika.
- Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan. Tambahkan stok ayam dan reneh sehingga sedikit mendidih.
- Seterusnya masukkan daging bakar dan perasakan dengan serbuk lada sulah dan garam dengan secukupnya.
- Setelah mendidih, padamkan api dan taburkan cili dan daun bawang sebelum dihidangkan.
4. SUP EKOR PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
- 5 ketul ekor lembu
- 3 ulas bawang putih | diketuk
- 1 biji bawang bombay | dimayang
- 2 kiub stok daging
- 2 liter air
- 3 biji tomato ranum | dibelah empat
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Masukkan ekor lembu, bawang putih, bawang Bombay dan air ke dalam periuk. Rebus sehingga empuk.
- Kemudian masukkan stok daging. Reneh menggunakan api perlahan. Tambah air jika perlu.
- Masukkan buah tomato dan perasakan dengan garam serta serbuk lada sulah dengan secukupnya.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
5. SUP PETOLA BEBOLA IKAN
BAHAN-BAHAN:
- 1 batang petola | dibuang kulit dan dipotong kecil
- 1 paket bebola ikan
- 1 kiub stok ikan
- 3 ulas bawang putih | dihiris
- 1 biji cili merah | dihiris
- 1000ml air
- Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus bawang putih bersama kiub stok ikan dan air sehingga mereneh.
- Kemudian masukkan bebola ikan dan petola. Biarkan sehingga petola menjadi lembut.
- Kemudian masukkan hirisan cili merah. Didihkan seketika.
- Ubah suai rasa dengan menambah garam dan serbuk lada sulah sebelum dihidang.
6. SUP RASSAM
BAHAN-BAHAN:
- 3 ulas bawang putih | dicincang halus
- 2 sudu teh jintan manis
- 3 ulas bawang merah | dimayang
- 6 tangkai cili kering
- 2 biji tomato masak ranum
- 1 tangkai daun kari
- 4 sudu makan pes asam jawa | dicampurkan dengan 750ml air
- 2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
- Sedikit hirisan leek | hiasan
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan jintan manis sehingga wangi.
- Kemudian masukkan bawang merah, cili kering, tomato dan daun kari. Kacau sehinga naik bau.
- Tambahkan air asam jawa dan serbuk lada hitam. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Renihkan sehingga rassam masak dan kelihatan sebati.
7. SUP MASAM MANIS ALA CINA
BAHAN-BAHAN:
- 5 sudu makan sos cili Thai
- 1 sudu makan cuka
- 750ml air rebusan ayam
- 2 biji telur
- 1 batang lobak merah | didadu kecil
- 10 keping cendawan shintake kering | dihiris nipis
- Garam, gula dan serbuk lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Didihkan air rebusan ayam dan campurkan dengan cuka, sos cili serta cendawan kering. Biarkan sehingga sedikit mendidih.
- Masukkan lobak merah dan biarkan sehingga lobak merah menjadi agak lembut.
- Pecahkan telur dan kacau sehingga bertali.
- Sebelum dihidangkan, perasakan sup dengan garam, gula dan serbuk lada sulah dengan secukupnya.
8. SUP AYAM ALA MAMAK
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam | dipotong dan dibersihkan
- 1 biji bawang besar | dikisar
- 7 biji bawang merah | dikisar
- 5 ulas bawang putih | dikisar
- 1 inci halia | dikisar
- 1 paket rempah 4 sekawan
- 4 sudu makan rempah sup
- 1.5 liter air
- Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
- Sedikit daun sup dan daun bawang | dihiris
- Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan rempah sup dan empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.
- Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan ayam dan rebus menggunakan api perlahan sehingga masak.
- Perasakan dengan serbuk lada dan garam secukupnya.
- Angkat, dan taburkan hirisan daun sup serta daun bawang.
Selamat mencuba!