Bubur Sumsum Manisan, Lemak Manis Berkuah Gula Melaka

Share

Makan bubur sumsum ni membangkit nostalgia zaman kanak-kanak, Min suka rasanya yang lemak manis. Ia adalah sejenis kuih yang dibuat dari tepung beras dan dihidang bersama kuah manis yang dibuat dari gula Melaka. Ummph memang sedap.

Rasanya semacam lapisan atas kuih lompat tikam tetapi bubur sumsum adalah lapisan putih yang diperbuat daripada santan.  Teksturnya yang lembut, perrgh cair di mulut memang ‘legend’ lah kuih warisan ni.

Jom masak gaya Khaty Kay- JOM Jengah Dapur KK seperti yang dikongsikan dalam laman FBnya

BUBUR SUM-SUM

BAHAN-BAHAN :

Bahan kuih :

  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Daun pandan

*Jika menggunakan santan kotak boleh guna 1 kotak kecil santan kara lebih pekat dan campur dengan 2 cawan air)

CARA MEMASAK :

1.Sebatikan semua dan kacau hingga cantik larut.Masak diatas api sederhana sambil kacau sentiasa

2. Masak hingga likat berkilat dan sedikit blup-blup bunyinya. Buang daun pandan. Sendukkan ke dalam mangkuk. Dan biar sejuk.

Bahan air gula :

  • Seketul gula melaka
  • 1 cawan air
  • Sebatang kecil kayu manis
  • Sehelai daun pandan

CARA MEMASAK :

  1. Didihkan hingga cantik larut. Sudukan ke dalam mangkuk sumsum tadi tadi dan hidang.
  2. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Enak juga dimakan sejuk.

*kayu manis boleh juga ditukarK

Kredit foto & resipi : KATHY KAY – JOM jengah dapur KK

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

 

BOLEH JUGA SEMAK VIDEO INI :

 

 

Published by
Faridah Talib