Budu Goreng, Makan Dengan Nasi Saja Pun Sedap

Share

Budu goreng ini, makan dengan nasi putih panas-panas je pun dah sedap. Tambah kalau ada pula ikan goreng dan ulaman. Peh! Dah complete.

Jangan pandang resipi simple macam ni ye. Boleh buat makan bertambah tau. Pernah try? Kalau teringin nak cuba, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Najla Amalina ini ye. Bahan yang diperlukan juga tak banyak.

Budu Goreng, Makan Dengan Nasi Saja Pun Sedap

Bahan-bahan:

3 labu bawang besar (saiz sederhana) – boleh beli online di sini
Sedikit cili padi (terpulang pada kepedasan yang dikehendaki) – boleh beli online di sini
½ botol Budu
Santan (1/2 kotak) – boleh beli online di sini
1/2 kiub ikan bilis – boleh beli online di sini
Minyak untuk menumis – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Tumbuk kasar bawang dan cili. Atau boleh juga guna chopper. Jangan kisar lumat ye. Biar masih ada teksturnya.

Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar/tumbuk tadi sampai naik bau  tapi jangan sampai garing sangat.

Setelah itu, bolehlah masukkan budu anggaran setengah botol.

Masak menggunakan api perlahan selama 10 minit sampai pecah minyak.

Kemudian masuk santan. Kacau lagi.

Kiub pati bilis. Kalau tak mau masuk pun boleh sebab budu dah ada rasa masinnya.

Masak lagi selama 5-10 minit sampai pecah minyak untuk kali kedua. Ketika ini minyak akan jadi lebih banyak lagi sebab dah masuk santan.
Sejukkan dan ceduk buang lebihan minyak.

Budu ini boleh tahan lama. 

Makan dengan nasi panas, ikan goreng dan ulam. Peh!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

Published by
Nurul Azwa