Tak tahu nak raikan yang tersayang di mana? Jomlah ke Fairfield by Marriott Kuala Lumpur yang menyediakan Bufet Hi-Tea hujung minggu “A Taste of Local”.
Hotel ini mengalu-alukan semua tetamu untuk menikmati Bufet Hi-Tea Hujung Minggu bersama keluarga atau rakan bermula dari 24 Jun 2023 dan seterusnya pada setiap Sabtu dan Ahad.
Restoran, Lesung, Fairfield oleh Marriott, menawarkan suasana yang selesa untuk riadah petang anda dengan pelbagai pilihan masakan tempatan yang menyelerakan hingga menu pencuci mulut kegemaran sepanjang masa.
Daripada cucur yang rangup hinggalah kepada pelbagai jenis bubur yang enak.Menggabungkan rasa asli tempatan dan juga sedikit pilihan antarabangsa.Bufet Hi-Tea Hujung Minggu menyerlahkan pelbagai snek tempatan.
Bufet ini juga menawarkan salad segar yang terdiri daripada pilihan ulam seperti Salad Mi Kaca, Tauhu Sumbat, Kerabu Taugeh dan banyak lagi. Sup Mulligatwany istimewa ada di stesen sup bersama pilihan sup lain.
Pilihan seperti Nasi Goreng Chinese Style, Nasi Arab with Roasted Chicken, Mi Kari dan pilihan lain juga menyelerakan.
Menu utama Bufet Hi-Tea ini ialah Air Tangan Bonda.Keistimewaannya adalah pelbagai jenis cucur seperti Cucur Ikan Bilis, Cucur Bawang, Cucur Udang dan banyak lagi. Tidak dilupai,pilihan pencuci mulut dengan pelbagai kuih muih dan manisan.
Ads
Hanya lima hingga tujuh minit berjalan kaki ke stesen monorel dan LRT, tetamu boleh sampai ke Fairfield Kuala dengan mudah
Lumpur dengan menggunakan pengangkutan awam. Berlatar belakang pemandangan Kuala Lumpur dari hotel, tetamu boleh menikmati hi-tea mereka dengan pemandangan yang menakjubkan.
Bufet Hi-Tea Hujung Minggu Fairfield by Marriott Kuala Lumpur disediakan setiap Sabtu dan Ahad mulai 24 Jun 2023 dan seterusnya. Para tetamu boleh merasa pelbagai pilihan masakan tempatan di Fairfield Weekend Hi-Tea Buffet hanya RM48nett (Dewasa) dan RM28nett (Kanak-kanak) berumur 4 hingga 12 tahun. Di bawah empat tahun dan warga emas tua adalah percuma. Setiap lima orang dewasa yang membayar, seorang warga emas (60 tahun ke atas) makan percuma.
Jika anda suka minuman coklat, anda wajib cuba minuman coklat berperisa KitKat® yang dilancarkan oleh Nestlé Malaysia bagi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia dan dihasilkan seiring dengan semangat ‘Buatan Malaysia’.
Minuman coklat KitKat® ini merupakan invoasi terkini yang membawa pengalaman KitKat® dalam bentuk minuman coklat. Paling penting, minuman ini telah memperoleh sijil Halal oleh Jakim serta dihasilkan dengan menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari.
Dengan gabungan unik koko yang kaya dan perisa wafer, minuman coklat KitKat® ini menghasilkan rasa coklat dengan aroma yang memikat. Setiap hirupan menawarkan rasa KitKat® yang lazat dan enak.Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols, berkata bahawa Nestlé memahami cita rasa serta keutamaan rakyat Malaysia. Oleh itu, pasukan penyelidik KitKat® berusaha menambah baik konfeksi ini dengan menghasilkan minuman coklat KitKat® yang digemari ramai. Minuman unik yang memberi pengalaman istimewa dan memuaskan, menjadikan setiap detik biasa jadi lebih luar biasa.
Tambah Aranols lagi, minuman coklat KitKat® ini bukan sekadar snek yang lazat tetapi ia adalah sebahagian daripada komitmen syarikat kepada sumber mampan dan etika, menggunakan 100% koko yang diperoleh secara lestari di bawah Nestlé Cocoa Plan. Dengan ungkapan “Jom Rilek, Minum KitKat®”, Nestle mengajak rakyat Malaysia untuk menikmati saat-saat kegembiraan bersama minuman coklat baharu ini.
Bila sebut Malaysia, ramai pelancong luar menganggap antara negara yang kaya dengan kepelbagaian makanan yang asli dan menyelerakan. Malah Malaysia juga disebut ‘syurga’ makanan.
Sebut sahajalah apa-apa jenis makanan yang dipaparkan dalam media sosial hari ini, pastinya mendapat sambutan.
Namun begitu, sayang seribu kali sayang apabila makanan Malaysia gagal menempatkan diri dalam senarai 10 Hidangan Mee Paling Popular Pilihan TasteAtlas di Asia Tenggara, yang dikeluarkan pada 24 Disember 2022.
Sebaliknya, Laksa Indonesia dan Char Kway Teow Singapura tersenarai dalam kedudukan 10 menu mee paling popular di Asia Tenggara.
Manakala Pho Vietnam mendahului di kedudukan pertama dan Pad Thai Thailand di tempat kedua.
Meskipun begitu, kita sepatutnya berbangga kerana Malaysia masih tersenarai dalam senarai 50 Hidangan Paling Popular TasteAtlas di Asia Tenggara.
Buat pengetahuan pembaca RASA, laman sesawang TasteAtlas memaparkan panduan kembara dan pengalaman yang mengumpulkan makanan tradisi, resipi asli, ulasan pengkritik makanan dan juga artikel penyelidikan tentang bahan serta hidangan popular dari seluruh dunia.
Jom kita lihat senarai ‘top 10’ hidangan mee di Asia Tenggara dan di manakah kedudukan Malaysia tercinta kita:
Tidak dinafikan, sejak pandemik Covid-19 melanda tahun lalu, banyak memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Bukan itu saja, peniaga-peniaga kecil turut mendapat tempias yang sangat besar.
Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup apabila tidak lagi mampu untuk menanggung kerugian. Terbaharu yang terpaksa mengikut langkah penutupan ialah Rasa Food Arena Suria Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula hari ini, 1 September.
Menerusi gambar dikongsi warganet yang viral dalam laman sosial, pengumuman itu dibuat Rasa Food Arena menerusi notis kecil yang diletakkan di pintu masuk premis makanan itu.
“Dengan dukacitanya, kami mengumumkan penutupan kekal Rasa Food Arena Suria KLCC bermula 1 September 2021. Terima kasih untuk pengalaman selama 22 tahun, ia adalah keseronokan terindah untuk melayani anda,” kata notis itu.
Medan selera Rasa Food Arena ini sudah beroperasi selama 22 tahun kepada rakyat Malaysia sejak ia mula dibuka kepada umum pada Mei 1998.
Maka tiada lagilah kenangan makanan-makanan popular seperti nasi padang, mi wantan, nasi ayam di medan selera Rasa Food Arena yang terletak di aras empat pusat beli-belah KLCC ini.
Berkeluasan 16,000 kaki persegi, Rasa Food Arena Suria KLCC ini pernah diubahsuai pada 2007, memang menjadi tempat tumpuan bagi rakyat Malaysia untuk melepaskan rasa penat sambil makan selepas membeli-belah.
Kredit gambar: Thanaselan Rajendran, Amir Bear, Instagram RASA Food Arena KLCC
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!