Bufet Ramadan ‘Citarasa Nostalgia’ di Hotel Summit, Subang USJ. Hampir 200 Menu Hebat…

Share

Hampir 200 menu sajian bakal dinikmati di bufet Ramadan yang bertemakan Citarasa Nostalgia di Hotel Summit, Subang USJ.. Inilah rasa lazat yang membawa kembali ke kenangan masa lalu yang indah di kala menikmati juadah warisan tradisional zaman berzaman.

Hasil sentuhan air tangan Ketua Chef Sakya Hamid yang berpengalaman lebih daripada 26 tahun dalam bidang kulinari dan barisan Chef Hotel Summit, Subang USJ pastinya memberi jaminan rasa juadah, lauk pauk, kuih muih yang lazat.

Eksekutif Chef Sakya Hamid

Di antara menu hebat yang membangkitkan selera adalah aneka lauk pauk, Kambing Panggang, Satay Raja Alang, Briyani Kasih Bonda, dan hidangan popular Sup Gear Box, Mee Jawa, Assam Laksa serta pelbagai lagi sajian pembuka selera dan pencuci mulut tradisional seperti kerabu, sambal, agar-agar, sagu gula Melaka dan pelbagai lagi.

 

Terdapat juga ‘gerai-gerai’ murtabak dan roti kirai serta hidangan lauk-pauk antarabangsa, buah-buahan tempatan dan juadah barat dan antarabangsa. Lauk-lauk sampingan seperti Yong Tau Foo, pelbagai jenis pasta, bubur, variasi sambal dan kerabu juga melengkapkan lagi barisan buffet Citarasa Nostalgia ini.

Di samping kuih muih tradisional terdapat juga pelbagai jenis lagi pencuci mulut , puding, agar-agar dan kek.

Majlis berbuka di Summit Hotel Subang USJ ini diadakan dua tingkat iaitu di aras tanah dan juga tingkat 1. Sepanjang menikmati sajian anda juga dihiburkan dengan nyanyian lagu ghazal dan tradisional yang didendangkan secara ‘live’.

Bufet Ramadan Citarasa Nostalgia ini juga menawarkan harga istimewa bagi tempahan sebelum 5hb Mei iaitu RM68 bagi dewasa dan RM40 bagi kanak-kanak. Berbanding harga asalnya iaitu RM 88 untuk dewasa.

 

Published by
Faridah Talib