Bufet Ramadan ‘Citarasa Nusantara’ di Royale Chulan KL, Sajian Autentik Malaysia.

Share

Bufet Ramadan‘Citarasa Nusantara’ menawarkan kelazatan sajian tempatan yang menepati selera anda di Mahsuri Courtyard , hotel Royale Chulan, KL.

Kepelbagaian dan variasi hidangan bercitarasa tempatan ini menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang indah dan penuh nikmat dan kepuasan selera meraikan sajian berbuka di bulan Ramadan.

Barisan Chef yang mengetuai barisan Chef di Royale Chulan, KL di sini ialah Chef Eksekutif, Sabri Soid.Variasi juadah yang pastinya mengecurkan selera di sini antaranya adalah Signature Royale Bubur Lambuk dan pilihan ‘shell out’ seperti Kambing Golek, Lontong Samudera, Cendol Durian, Som Tam dan pelbagai pilihan makanan laut dan juadah lain.

Gerai -gerai makanan menyajikan dan memasak  makanan panas dengan segera mengikut permintaan pelanggan. Bagi mereka yang mahukan suasana asli kemeriahan berbuka gaya Malaysia , bufet Ramadan ini juga menyediakan deretan hidangan autentik  Melayu, India dan China seperti Nasi Ayam, Sate, dan kaunter hidangan pencuci mulut tradisional.

Gerai makanan ‘live’ terdiri dari sajian istimewa Hari Raya seperti Nasi Ulam Utara, Rendang, Ketupat , Sayur Keladi Asam, Gulai Talang Ikan Masin, Kurma Telur turut mendapat sentuhan istimewa dari Chef.

 

Min pula amat tertarik dengan ‘kaunter’ manisan kek, puding dan donut berwarna warni yang sungguh ‘segar’ dan lazat dinikmati. Puding enak, dingin berkrim memang menjadi pelengkap kepada sajian berbuka di sini. Bufet Ramadan ‘Citarasa Nusantara’ ini berlangsung dari 7hb Mei hingga 4hb Jun.

Harga adalah RM150 bagi dewasa , RM 100 untuk Warga emas’ dan RM 75 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun. Bagi tempahan awal iaitu 2 hingga 6 Ramadan pula adalah RM 100 dewasa, warga emas RM 75 dan kanak-kanak berusia 6-12 tahun RM 50.

Selamat berbuka dan menjamu selera di sini. Maklumat lanjut sila layari shuhada@royalechulan-kualalumpur.com

 

 

Published by
Faridah Talib