Bufet Ramadan Dengan Cita Rasa Orang Lama Di Restoran Rasa Lama

Share

Jika ingin mengubah kelainan rasa dan menu santapan untuk berbuka puasa nanti, bolehlah berkunjung ke Rasa Lama di SS15 Subang Jaya.Restoran ini menawarkan hidangan bufet dengan pelbagai juadah lazat dan menyelerakan khususnya bagi para pengunjung yang ini berbuka puasa secara bufet.

Bertemakan tradisional dan makanan Malaysia, bufet “Selera Orang Lama” diperkenalkan sempena bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.Menu yang dibawa kali ini bakal mengembalikan nostalgia kepada penggemar makanan tempatan dan juga peminat makanan ala kampung.

Chef Ashraff merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan menu-menu ini di bulan Ramadan kali ini.“Tema bufet Ramadan tahun ini bakal mengembalikan nostalgia kita semasa kecil dahulu,” katanya.

Selera Orang Lama merupakan bufet yang dihidangkan khusus untuk mengembalikan menu-menu makanan gaya orang kampung namun makanan Barat juga tidak ketinggalan dihidangkan kepada penggemar lain.

Rasa Lama memang berhasrat untuk menghidangkan makanan gaya kampung yang diolah bagi memenuhi cita rasa sekarang kerana berpendapat menu makanan ini masih mendapat tempat di hati para penggemar masakan kampung.


Antara menu utama yang dijangka menjadi pilihan para penggemar ialah kambing bakar yang dipanggang perlahan yang digandingkan dengan sos Rasa Lama, sos pudina atau jus rosemary.

Bagi pembuka selera, Selera Lama menghidangkan ulam-ulaman seperti Ulam Raja, Jantung Pisang, Kacang Botol dan banyak lagi.Ulam-ulaman ini akan dihidangkan dengan pelbagai menu pilihan sampingan seperti Sambal Belacan, Tempoyak, Sambal Nenas, Sambal Mangga dan banyak lagi.

“Malah bagi yang ingin menikmati pilihan menu lain kami turut menyediakan Gado-gado dengan Kuah Kacang asli dari Indonesia, selain tambahan pembuka selera seperti Keropok Ikan, Udang, Malinjo, Sayur dan Papadom,” katanya.

 

Tidak ketinggalan pilihan nasi seperti Nasi Hujan Panas, yang merupakan hidangan asli dari Terengganu yang terkenal dengan kepelbagaian asli cita rasa Melayu.

 

Adalah tidak lengkap jika para pengunjung menikmati hidangan tanpa disediakan hidangan kuih muih seperti Kuih Ketayap, Kuih Koci, Kuih Lapis, Lepat Pisang, Seri Ayu, Kuih Keria dan lain-lain.

Akhir sekali sebagai pencuci mulut Rasa Lama menghidangkan hidangan Bubur Kacang Hijau dan Bubur Pulut Hitam atau ABC. Bagi pencinta manisan ala Barat, pengunjung boleh menikmati Panacotta dan krim karamel.

Tidak ketinggalan juadah minuman yang menyegarkan selepas seharian kita berpuasa dengan Rasa Lama menghidangkan minuman lazat seperti Jus Kurma, Air Jagung bersama Air Tebu, Sirap Bandung, Asam Boi Limau, Soya Bean dan tidak ketinggalan Teh Tarik dan Nescafe Tarik.

Chef Ashraf berkata, bufet Ramadan ini akan mula dihidangkan setiap hari bermula pukul 6:30 petang hingga 9:30 malam dari 18 April hingga 12 Mei.
Harga untuk menikmati bufet Ramadan yang lazat ini ialah RM69 bersih untuk dewasa dan RM35 bersih untuk kanak-kanak.

Untuk pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi Restoran Rasa Lama.

 

 

 

Published by
Putri Adila Saari