Bufet Ramadan Di Laman Kayangan Shah Alam, Sedapnya Juadah Cita Rasa Dua Sempadan.

Share

Anda yang menyukai masakan Melayu Utara dan Selatan Thai boleh memilih untuk berbuka puasa di Laman Kayangan, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. Kerana kali ini lebih 80 menu gabungan menu dua negara iaitu menu Utara Malaysia dan Selantan Thai yang sungguh sedap untuk pilihan pengunjung datang berbuka puasa.

Menu yang pasti menggoda selera, termasuklah Kambing Golek Dua Kuah, Thaiyani Chicken, Pattani Grilled Beef dan Laksa Ikan Sekoq dan Ikan Bakar Air Asam semua ini adalah menu signature dish yang pasti menarik perhatian pengunjung datang berbuka puasa bersama keluarga mahupun  bersama rakan-rakan.

Antara menu Utara Malaysia yang disediakan termasuklah Daging Masak Tauchu Dengan Timun Tua, Daging Kari Kentang, Ikan Masak Asam Kunyit,  Sambal Ikan Rebus, Gulai Ikan Keli Kuala Kedah, Gulai Ayam Padang Besar. Untuk menu appetizer anda boleh cuba  Tauhu Bakar Sambal Kicap, Pasambor Padang Kota atau  jika tidak mahu makan nasi boleh pilih Mi Kari, Roti Puri Aloo Curry, Roti Kuah Ayam Kisar Pita Doner Kebab.

Antara menu Selatan Thai  pastinya aneka  kerabu yang boleh anda pilih termasuklah  Kerabu Daging, Kerabu Ayam, Kerabu Soo Hoon, Kerabu Mangga dan Kerabu Betik Muda. Atau boleh je cuba  Pettani Mi Celup, Tom Yam Gung dan banyak lagi.

Untuk minuman, selain aneka minuman sejuk dan panas, anda juga boleh menikmatia  ABC, Teochew Cendol dan ais krim, Semua juadah ini boleh anda nikmati dengan santai bersama keluarga hanya dengan harga buffet RM98 seorang untuk dewasa dan RM69 dewasa (untuk tempahan awal (1 Febuari hingga 30 April 2019).

 

 

 

 

Published by
Norasida Myasin