Sempena Ramadan, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie sekali lagi mengadakan buffet Ramadan untuk semua pengunjung. Kali ini, konsep yang diketengahkan adalah buffet Ramadan Sajian Darul Ehsan yang menampilkan aneka hidangan autentik dari sembilan daerah di Selangor.

Bertempat di WARNA All Day Dining, restoran ini menyajikan pengalaman berbuka puasa yang penuh dengan cita rasa tradisional dalam suasana yang elegan dan selesa.

Buffet Ramadan Sajian Darul Ehsan, Pengalaman Iftar Berkonsepkan Warisan Selangor Di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Ads

Sajian Warisan Selangor Menggamit Nostalgia

Buffet ini mengetengahkan keunikan kulinari Selangor dengan hidangan istimewa seperti Sambal Taun, makanan warisan yang kaya dengan rasa pedas dan berempah serta Nasi Ambeng dari Sabak Bernam yang dimakan bersama nasi serta pelbagai jenis lauk-pauk.

Pencinta makanan laut pasti teruja dengan hidangan seperti Siakap Purbakala dan Siakap Kukus yang diinspirasikan oleh cita rasa pesisir pantai Klang. Bagi yang sukakan sajian berempah, Kari Kepala Ikan dan Gulai Kawah dari Sepang menanti anda.

Buffet Ramadan Sajian Darul Ehsan, Pengalaman Iftar Berkonsepkan Warisan Selangor Di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Peminat Daging boleh menikmati Kambing Bakar dari Hulu Langat dan Ayam Golek yang dipanggang sempurna. Tidak dilupakan hidangan tradisional seperti Satay, Lemang, Ketupat dari Gombak serta  Soto Jawa dan Sup Berempah dari Kuala Selangor juga boleh didapati di sini.

Sajian Jalanan & Pemanis Mulut

Buat anda yang suka street food, buffet ini turut menyajikan Char Kuetiau dan Asam Laksa dari Kuala Langat; Murtabak, Roti Canai dan Roti John dari Hulu Selangor serta Shawarma dari Petaling yang menjadi kegemaran ramai.

Buffet Ramadan Sajian Darul Ehsan, Pengalaman Iftar Berkonsepkan Warisan Selangor Di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Tidak lengkap rasanya jika tiada pencuci mulut. Para tetamu boleh menikmati Wadai Kipeng, sejenis manisan beras pulut di dalam santan yang lemak manis serta Jenang Kudus, pencuci mulut yang kaya dengan tekstur lembut dan rasa berkrim.

Ads

Pengalaman Berbuka Dengan Suasana Meriah

Ketika berbuka sambil menikmati hidangan yang lazat, anda turut dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung daripada Balle Balle Band sekaligus menjadikan suasana berbuka lebih meriah dan bermakna.

WARNA All Day Dining amat sesuai untuk anda yang mahu bersantai bersama keluarga, rakan-rakan serta rakan sepejabat di mana restoran ini boleh memuatkan lebih daripada 180 tetamu dalam satu masa.

Buffet Ramadan Sajian Darul Ehsan, Pengalaman Iftar Berkonsepkan Warisan Selangor Di Mercure Kuala Lumpur Glenmarie

Ads

Mercure Kuala Lumpur Glenmarie menawarkan promosi tempahan awal dari 4 – 10 Mac 2025 dengan harga RM128+ untuk dewasa. Selepas tarikh tersebut, harga buffet adalah RM148+ untuk dewasa, RM98+ untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM68+ untuk kanak-kanak (7-11 tahun). Terdapat juga tawaran istimewa beli 10 percuma 1 untuk tempahan berkumpulan.

Jika anda ingin menikmati pengalaman yang lebih santai, Mercure Kuala Lumpur Glenmarie turut menawatkan pakej penginapan Ramadan bermula RM328+ satu malam, termasuk hidangan berbuka puasa untuk seorang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI