Bulan puasa ni, alangkah sedapnya kalau dapat berbuka puasa dengan minuman yang menyegarkan. Rasa lega tekak selepas seharian berpuasa. Minuman peach gum ni dikatakan bagus sebab bantu merangsang pengeluaran kolagen.
Cubalah buat. Peach gum adalah getah lutsinar yang terhasil daripada pokok pic. Sedap dan menyegarkan.
Ads
AIR LAICI PEACH GUM
BAHAN-BAHAN
Air secukupnya
Sedikit white fungus | potong kecil
11 biji kurma merah
Sedikit goji
100 gram peach gum | rendam semalaman
1 tin laici hosen
200 gram nata de coco | buang airnya
Ads
CARA MEMBUAT
1. Panaskan air sampai mendidih. Masukkan white fungus. Biarkan seketika.
2. Masukkan kurma merah dan goji. Biarkan mereneh sekejap.
3. Masukkan peach gum, laici dan nata de coco.
4. Kacau dan sedia untuk dinikmati.
*Kalau suka manis, boleh tambah gula batu.
Ads
Selamat mencuba!
Resipi Oleh Deyana Hatazad https://www.facebook.com/deyanahatazad/posts/2680445595326390
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi anda yang suka minum minuman sejuk berperisa, boleh cuba buat Jeruk Limau Kasturi Asam Boi ni. Jika minum di kedai, mesti ada yang terlebih manis atau terlebih masam,. Buat sendiri boleh ‘adjust’ rasa. Malah puas minum! Kulit limau tu pun boleh dimakan dan tak pahit. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sue Bertley. Lepas ni tak perlu beli kordial berwarna dari kedai lagi.
RESIPI JERUK LIMAU KASTURI ASAM BOI
BAHAN-BAHAN:
Limau Kasturi
Asam boi putih
Candy brown sugar- boleh beli di pasaraya
CARA MEMASAK:
1. Cuci bersih limau kasturi.
2. Rebus air hingga mendidih. Pastikan kuantiti air dapat menenggelamkan Masukkan limau ke dalam periuk dan biar mendidih 8-9 minit. Kacau sekali sekala supaya masak sekata. Kemudian toskan. Biar kering, tiada air di kulit luar limau. Nak lagi mudah, ambil tisu dan golek limau sambil keringkan dengan kipas.
3. Bila kulit limau sudah kering,ambil pisau tajam dan potong limau seperti dalam gambar. Jangan sampai putus.
4. Ambil penapis dan mangkuk kemudian picitl limau sampai habis jus. Buang semua biji yang ada.
5. Hasil jus limau yang diperah tadi.
6. Kemudian, ambil asamboi dan sumbat masuk dalam limau. Lebih mudah jika beli limau kasturi bersaiz besar.
7. Hasil limau kasturi yang telah disumbat dengan asam boi.
8. Seterusnya, tumbuk Candy Brown Sugar sampai hancur.
9. Ambil balang kaca dan letak limau asam boi di bahagian dasarnya. Kemudian masukkan candy brown sugar yang sudah ditumbuk tadi. Lakukan secara berselang seli.
10. Setelah siap dilapis, beginilah rupanya nanti. Lapisan paling atas tu haruslah gula.
11. Akhir sekali, tuang jus limau kasturi yang telah diperah tadi.
12. Tutup balang kaca tdan simpan di tempat redup dan kering. Perap selama 3 bulan supaya limau dan asam boi menjadi lembut dan manis. Dalam 2-3 hari sekali, goncangkan balang agar jus terkena pada limau yang dibahagian atas.
13. Setelah cukup tempoh pemeraman, limau dan asam boi akan menjadi lembut macam ni. Untuk menikmatinya, ambil limau dan tambahkan air sejuk. Ubah suai rasa ikut selera.
Nak minum teh masala? Masala teh merupakan sejenis minuman berempah yang diadun daripada herba rempah utama. Senang nak buat, rasanya yang pedas dan hangat.
Melancarkan sistem penghadaman. Sangat berkesan untuk memulih masalah sejuk badan, selesema, sakit kepala, kekembungan dan sakit-sakit dalam badan. Melancarkan aliran darah.
Nikmatnya bila dihirup perlahan-lahan ketika suam. Boleh cuba buat nanti.
TEH MASALA
Bahan-bahan:
3 liter air
7 uncang teh
5 biji bunga cengkih kecil
3 biji buah pelaga
Secubit jintan manis
1 batang kulit kayu manis
2 inci halia diketuk
5 sudu besar susu pekat atau ikut manis disukai
1 cawan susu kotak
2 sudu besar susu tepung
Cara memasak:
1.Panaskan air di dalam periuk. Masukkan uncang teh setelah mendidih masukkan semua bahan rempah dan halia.
2.Dalam satu bekas masukkan susu kotak,susu pekat dan susu tepung lalu kacau hingga semua larut.
3.Tuang susu dibancuh tadi ke dalam periuk teh.Kacau sebati siap dan sedia dihidang.Jika suka warna pekat boleh lebihkan teh dan susu pekat.
Mencari idea minuman yang berbeza dan sedap? Jom cuba buat air Dragon Mix Fruit ini, minuman campuran aneka buah-buahan segar. Memang sedap! Nikmat sungguh kalau dapat minum sejuk-sejuk. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
AIR DRAGON MIX FRUIT
BAHAN-BAHAN:
Buah naga merah
Buah mangga masak
Anggur manis – dibelah dua
Laici tin – ambil sekali dengan airnya
Susu pekat manis – ikut kemanisan yang anda suka
Air masak
Ais batu
CARA MEMBUAT:
1. Kupas buah dan potong dadu.
2. Dalam bekas bersesuaian, campurkan semua bahan-bahan diatas. Sesuaikan rasa ikut kemanisan yang diingini.
3. Kacau rata dan sedia untuk dinikmati.
4. Minuman ini tidak perlu tambah pewarna kerana warna asli dari buah naga sudah mencukupi.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.