Buka Selera Dengan Kerabu Belimbing Buluh & Daun Selom

Share

Kerabu, inilah menu yang mampu membuka selera. Makan pula dengan nasi panas-panas bersama ikan goreng , pergh terangkat sungguh . Tak toleh kiri dan kanan, laju jer menyuap. Sebagai contoh kerabu belimbing buluh + daun selom ni. Ratah begitu saja pun nikmat rasanya. Boleh cuba buat sendiri.

Bahan A(di hiris)
belimbing buluh
daun selom
bwg besar
bunga kantan

Bahan B(campur semua n tumbuk)
kelapa parut
belacan
cili padi
cili merah

Bahan C
isi ikan
*sy guna ikan temenung 3 ekor,rebus n amik isi lps tu hancurkan dgn garfu

cara-cara:
campur semua bahan A,B dan C…perasakan dgn garam

belimbing buluh tu bila dah jd kerabu xmasam pun

Kredit Resepi : laili adam

Published by
Putri Adila Saari