Buka Selera Dengan Pelbagai Hidangan Daging

Share

Menu berasaskan daging sememangnya menjadi kesukaan ramai orang. Namun kalau tidak pandai memasaknya, daging akan rasa liat dan kurang enak. Masak daging perlu kreatif agar dagingnya terasa superb! Cuba 5 resipi ini dan nikmati keenakannya.

DAGING GORENG SOS TIRAM BERSAMA KACANG PIS

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:

  • 500gm daging ] hiris nipis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh kicap
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Sos:

  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan air rebusan stok ayam
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan gula
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Tumis:
  • 4 ulas bawang putih ] cincang halus
  • 1 biji bawang besar ] dadu kecil
  • 3cm halia  hiris halus memanjang

Bahan-Bahan Lain:

  • 3 sudu makan minyak masak
  • 400gm kacang pis ] bersihkan
  • 1/2 biji cili benggala
  • Garam gula secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Untuk perapan daging, campurkan semua bahan, daging, garam, gula, kicap, tepung jagung, dan minyak bijan. Gaul rata dan perapkan lebih kurang 15-20 minit.
  2. Untuk bahan sos: Campurkan kicap, stok ayam, sos tiram dan minyak bijan dalam mangkuk kecil dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan tumis hingga wangi.
  4. Seterusnya masukkan daging yang diperap, kacau rata sehingga keperangan (lebih kurang 4-5 minit).
  5. Kemudian masukkan kacang pis dan hirisan cili benggala, kacau hingga kacang layu (2-3 minit).
  6. Tuangkan bahan sos dan kacau rata.  Jika kurang masin, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  7. Akhir sekali tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

DAGING GORENG BABY KAILAN

BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:

  • 300gm daging ] hiris nipis
  • 1 sudu teh kicap
  • 2 sudu teh minyak sayur
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • Sedikit garam dan gula

Bahan Sos:

  • 2 sudu makan air
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • 1 sudu teh tepung jagung

Bahan Tumis:

  • 3 pokok anak kailan ] potong 3-4cm & celur angkat
  • 2 sudu makan minyak
  • 1 biji cili merah ] hiris serong
  • 2 biji bawang merah ] hiris
  • 6 ulas bawang putih  ] cincang kasar
  • 3 sudu minyak masak
  • Garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan daging bersama semua bahan perapan ke dalam mangkuk. Gaul dan perap lebih kurang 30 minit.
  2. Sambil itu sediakan sos.  Di dalam mangkuk kecil campurkan semua bahan sos. Kacau rata dan ketepikan.
  3. Panaskan air dalam periuk, kemudian celur anak kailan lebih kurang satu minit, angkat dan toskan.
  4. Untuk menumis daging, panaskan sedikit minyak masak, Masukkan  bawang putih, bawang merah hingga wangi.
  5. Kemudian masukkan  daging yang telah diperap tadi.
  6. Gaul rata, sehingga daging masak dan bertukar warna keperangan.
  7. Seterusnya, masukan hirisan cili dan kailan yang telah dicelur tadi, kacau seketika.
  8. Masukkan sos yang telah disediakan tadi, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  9. Angkat dan sedia dihidangkan.

BEBOLA DAGING SOS MENTEGA KEJU 

BAHAN-BAHAN:

  • 20 biji bebola daging
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu makan mentega
  • 2 keping keju
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | cincang
  • 2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1/2 biji cili benggala | hiris memanjang
  • 6 biji cili padi | hiris
  • 4 biji cendawan shitake |dadu kecil
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng bebola daging

CARA MEMASAK:

1.  Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.

2.  Gunakan kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.

3.  Kemudian masukkan cendawan shitake, hirisan cili padi, cili benggala, daun kari.

4.  Apabila naik aroma wangi masukkan susu cair, diikuti bebola daging yang telah digoreng.

5.  Setelah mendidih, kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6.  Sebelum tutup api masukkan keju dan kacau lagi seketika.

7.  Bebola Daging Sos Mentega Keju sedia dihidangkan.

DAGING PAPRIKA CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 250gm daging | hiris, cuci dan tos
  • 150gm cendawan shitake
  • 1 biji cili merah | hiris
  • 1 biji cili hijau |hiris
  • 1sudu makan paprika
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu teh serbuk oregano
  • 1 biji bawang besar |hiris
  • 3 ulas bawang putih | cincang halus
  • 2cm halia | hiris halus
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu makan minyak masak | untuk menumis

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga wangi.

2. Masukkan daging, kacau lagi hingga daging berubah warna.

3. Kemudian masukkan pula cendawan, sos tomato, hirisan cili merah dan hijau .

4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5. Sebelum angkat taburkan serbuk oregano dan paprika.

6. Gaul seketika dan tutup api.

7. Daging Paprika  Cendawan sedia dihidangkan panas-panas.

KARI DAGING ASAM JAWA

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo daging | dipotong kecil dan nipis
  • 2 bungkus kecil rempah kari | dikisar
  • 3 biji bawang besar | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 inci halia | dikisar
  • 2 biji kentang | dibelah empat
  • 2 biji bunga lawang
  • 1 batang kayu manis
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 kotak santan @ 2 cawan santan daripada 1 biji kelapa parut
  • 1 tangkai daun kari untuk hiasan
  • Minyak untuk menumis

CARA MEMBUAT:

  1. Rebus daging hingga empuk.
  2. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dikisar iaitu rempah kari, bawang besar, bawang putih, dan halia bersama-sama bunga lawang dan kayu manis hingga naik baunya atau hingga pecah minyak
  3. Masukkan dua cawan air rebusan daging tadi dan air asam jawa.
  4. Masukkan juga daging yang telah direbus tadi. Kemudian masukkan kentang yang dibelah empat. Biarkan kentang empuk seketika.
  5. Kemudian Masukkan santan. Kecilkan api. Biarkan mendidih. Boleh tambah air jika suka kari daging yang agak cair.
  6. Sesuaikan rasa dan renehkan seketika.
Published by
Putri