Buka Selera Dengan Rendang Ayam Hijau

Share

Ada yang terasa nak beraya dulu ke sebelum puasa? Mungkin ramai yang sudah mula berpuasa sunat atau puasa ganti sebelum Ramadan tiba. Buka puasa nanti boleh lah buat rendang ayam hijau ni. Semerbak bau aroma rendang buat berselera nak makan.

Rendang Ayam Hijau (Cili Padi)

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam (dipotong 16)
1 kg santan
4 sekawan
2 sudu besar kerisik
5 keping asam keping
1/2 keping gula kabung
Garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dimayang halus)

Bahan-bahan kisar:
5 batang serai (dihiris nipis2)
1 inci halia
1 inci lengkuas
40 biji cili padi hijau
20 biji bawang merah
8 ulas bawang putih

Minyak untuk menumis secukupnya

Cara memasak:

1.Panaskan minyak di kuali
2.Masukkan 4 sekawan
3.Tumiskan bahan-bahan tumis hingga garing
4.Masukkan ayam, santan, kerisik, asam keping, gula kabung
5.Apabila rendang kering atau separuh kering masukkan daun kunyit & garam

Enak dihidangkan dengan ketupat palas .

SELAMAT MENCUBA!

Resipi Ikhlas dari Datin Shida Yusoff @missdessertparlour

 

Published by
Putri