Memikirkan apa menu yang boleh buat kecur liur untuk makan tengah hari. Sebenarnya ikan yang dicicah dengan sambal sudah membuat kita bertambah makan. Lauk ringkas sebegini jika kena dengan padanannya memang menjadi kegemaran ramai.
Contohnya lauk singgang ini , mudah saja membuatnya. Rasa yang seimbang membuatkan kita boleh menghirup kuahnya. Begitu juga dengan ikan sumbat sambal kelapa ini , makan dengan nasi panas-panas memang tak cukup sepinggan.
Singgang Thailand
Bahan-bahan:
Ads
2 cm / potong kunyit 2 cm / potong halia 4 biji bawang putih 4 biji bawang merah 5 tangkai cili kering 2 batang serai (diketuk) 2 keping asam keping – BELI ONLINE DI SINI 3 cm gula kabung (Nisan) /gula pasir – BELI ONLINE DI SINI Daun ketumbar Garam secukup rasa Ikan (Ikan Tongkol atau Kayu, Sardin atau Kembong)
Cara memasak:
1.Masuk semua bahan dalam periuk dan masak menggunakan api yang sederhana.
*jika suka, boleh letak sedikit belacan atau ikan bilis.
Ikan Sumbat Sambal Kelapa Kg. Gajah Style (Untuk makan 3-4 orang)
Bahan-bahan : Ikan (Kembung, Temenung atau Sardin) 1 cawan kelapa parut 3 ulas bawang kecil Setengah genggam ikan bilis- BELI ONLINE DI SINI 6-10 biji cili padi 2 cm halia Garam secukup rasa
Cara memasak: 1.Tumbuk semua bahan, kelapa tumbuk yang terakhir (kelapa tumbuk tidak perlu lumat) dan gaul semua bahan sehingga mesra.
Ads
2.Ikan belah belakang dan sumbat sambal kelapa. Boleh letak daun kesum atau daun limau purut dalam balutan ikan dengan daun pisang.
3, Ikan yang dibalut boleh kukus (15-20 minit) atau bakar dalam oven (15-25 minit).
Orang kata, ikan bilis ni menu sementara menunggu gaji masuk. Kini tidak lagi. Ikan bilis pun mahal ye harganya. Jika dah bosan atau tak ada selera makan, ikan bilis ni boleh jadi lauk penyelamat. Dengan nasi panas je pun dah cukup berselera. Jom cuba!
1. SAMBAL HIJAU PETAI BILIS
BAHAN-BAHAN:
250gm ikan bilis | kopek
200gm cawan isi petai
1 biji bawang besar | hiris
1 sudu makan air asam jawa
Minyak secukupnya
Garam dan gula secukupnya
BAHAN KISAR:
6 biji cili hijau
10 biji cili padi hijau
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis separuh masak. Angkat dan ketepikan. 2.Kemudian goreng pula petai. Angkat dan ketepikan. 3.Menggunakan minyak yang sama tumis, bawang merah bersama bahan kisar. 4.Kacau sehingga wangi dan pecah minyak. 5.Masukkan ikan bilis dan petai, kacau rata. 6.Seterusnya, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. 7.Kecilkan api terus kacau sambal hingga garing. 8.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak mahu terlalu pedas, tidak perlu tambah cili padi.
2. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | kopek
200gm isi petai
3 sudu makan tempoyak | bancuh dengan sedikit air
1 biji bawang besar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
3-4 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
15 biji cili padi
3 tangkai cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga separuh masak, angkat dan ketepikan. 2.Goreng pula petai sehingga layu, angkat dan ketepikan. 3.Menggunakan kuali yang sama, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. 4.Masukkan hirisan bawang bersama tempoyak. Kacau rata 2-3 minit. 5.Seterusnya masukkan pula ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi. 6.Kemudian perasakan dengan garam dan gula secukupnya. 7.Kecilkan api, kacau hingga kuah pekat dan timbul minyak. 8.Tutup api dan sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, untuk aroma boleh tambahkan hirisan daun kunyit di dalam sambal ini.
3. SAMBAL GORENG JERING BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
300gm jering tua | hiris melintang
200gm ikan bilis | kopek
1 biji bawang besar | hiris
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan pes asam jawa
3-4 sudu makan minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
3 biji cili merah
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2cm halia muda
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis tiga perempat masak. Angkat dan ketepikan. 2.Seterusnya goreng jering hingga garing, angka dan ketepikan. 3.Menggunakan kuali yang sama tumiskan bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili. 4.Kacau hingga pecah minyak. 5.Masukkan air asam jawa, diikui dengan ikan bilis dan jering goreng tadi. 6.Kecilkan api, kacau rata lebih kurang 2-3 minit. 7.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. 8.Apabila sambal sudah kelihatan kering dan warna coklat kehitaman, tutup api. 9.Sambal sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jering selain goreng boleh juga rebus dahulu, jika tidak mahu ia terlalu keras.
4. SAMBAL IKAN BILIS GARING
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis | dikopek
1 biji bawang besar | dihiris
6 ulas bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dikisar
15-20 tangkai cili kering | dikisar
1 sudu makan sos cili
3 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan. 2.Keluarkan sedikit minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis. 3.Tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak. 4.Masukkan air asam jawa gula secukupnya. 5.Kecilkan api dan terus kacau sehingga pes cili agak pekat. 6.Masukkan pula hirisan bawang besar. 7.Apabila pes telah pekat dan secukup rasa masam, masin dan manisnya tutup api. 8.Masukkan ikan bilis goreng dan kacau rata.
INFO CHEF: 1.Gunakan ikan bilis saiz sederhana dan putih kerana ia lebih ranggup. 2.Untuk pastikan pes cukup masam masin dan manisnya, pes akan bertukar warna merah menjadi merah kehitaman.
5. SAMBAL IKAN BILIS TERUNG PIPIT
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis telah dikopek | dikisar kasar
150 gm terung pipit | dibelah tengah tidak putus
6 ulas bawang merah | dikisar kasar
2 ulas bawang putih | dikisar kasar
10 tangkai cili kering | dikisasr halus
10 biji cili padi | dikisar halus
1 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng dan menumis
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak, goreng terung pipit lebih kurang 2-3 minit. Angkat dan ketepikan. 2.Keluarkan sebahagian minyak dan tinggalkan sedikit untuk menumis. 3.Tumiskan bahan kisar kasar hingga wangi, kemudian masukkan cili kering dan padi yang dikisar halus. 4.Masukkan air asam jawa dan terung pipit yang telah digoreng tadi. 5.Kecilkan api dan lengkapkan rasa dengan garam dan gula secukupnya. 6.Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Selain terung pipit boleh juga gunakan lobak jeruk manis atau masin. Tetapi potong dadu kecil.
6. SAMBAL BILIS TUMBUK
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan bilis | dikopek
10 tangkai cili padi
1/2 biji tomato | dibuang biji dadu kecil
1 biji limau nipis
Sedikit garam
CARA MEMASAK: 1.Cuci ikan bilis dan toskan. 2.Tumbuk cili padi hingga lumat, masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga bilis hancur kasar. 3.Keluarkan dari lensung batu dan masukkan dalam mangkuk. 4.Perahkan jus limau nipis, masukkan sedikit garam dan tomato yang telah didadu. 5.Gaul rata, dan sedia dihidangkan. 6.Jika terlalu masam boleh tambah sedikit gula untuk mengimbangi rasa.
INFO CHEF: Selain tomato, boleh juga gunakan belimbing buluh (hiris nipis atau tumbuk bersama ikan bilis).
7. SAMBAL BILIS BERTELUR
BAHAN-BAHAN:
150gm ikan bilis | dikopek
2 biji telur
20 biji cili padi
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK: 1.Masukkan ikan bilis, cili padi, bawang besar dan bawang putih dalam pengisar . 2.Kisar kasar tanpa air. Atau gunakan pengisar kering. 3.Panaskan minyak, tumiskan bahan kisarkasar hingga sedikit garing. 4.Masukkan air asam dan lengkap rasa dengan garam dan gula. 5.Akhir sekali pecahkan telur di dalamnya, kacau rata sehingga telur sebati dengan sambal ikan bilis. 6.Tutup api angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Isi ikan masin talang juga enak dimasak seperti ini tetapi ia perlu didadu kecil sebelum dijadikan sambal dan dicampurkan telur.
Lauk negeri pantai timur Gulai Nasi Berlauk Kelantan Stail memang popular. Cukup dengan khasiat ikan dan sayur-sayuran.
Kalau negeri lain gulai ni nampak macam masak lemak kuning . Tapi istimewanya ada telur rebus, ikan tongkol, kacang panjang dan timun dan tak perlu lauk sampingan atau nak kena masak sayur lagi. Jom kita cuba resipi perkongsian dari Rose Mawar Merah ini.
GULAI NASI BERLAUK STAIL KELANTAN
BAHAN-BAHAN ( boleh tengok sukatan dalam foto ):
10 keping ikan tongkol 2 asam keping – beli online DI SINI 5 biji telur rebus 250ml santan | kotak kecil- beli online DI SINI Garam secukup rasa Gula secukup rasa
Bahan kisar: 1 biji bawang besar 1 sudu makan serbuk kunyit @ kunyit hidup 5 ulas bawang putih 10 biji cili padi hijau – beli online DI SINI 5 tangkai cili kering – beli online DI SINI 1.5 sm lengkuas | dihiris dulu baru dikisar
10 biji cili api merah dan hijau untuk masuk terus dalam kuah Timun | hiris tebal Satu ikat kecil kacang panjang | dipotong dan diasing *Ketiga bahan ini masuk akhir sekali bila gulai dah masak.
CARA MEMASAK : 1. Mulakan kisarkan bahan-bahan untuk di kisar .
2. Ikan tongkol rebus dulu letak air paras ikan aje, Nanti air ikan akan keluar. Masukkan asam keping dan garam masak hingga tinggal separuh.
3. Santan, cili api merah dan hijau, kacang panjang dan timun celur asing, masukkan last sekali bila gulai dah masak.
4. Masukkan santan dan bahan kisar di dalam periuk,masak dengan api sederhana hingga pecah minyak. Sentiasa kacau supaya santan tidak berketul. 5. Bila kuah dah menggelegak masukkkan ikan bersama air rebusan ikan tadi. Perasakan dengan garam dan gula.
6. Masukkan kacang panjang, timun dan cili api, tunggu seketika boleh tutup api.
RESIPI BONUS SAMBAL NASI BERLAUK :
*cili besar merah,cili api,limau kasturi,cuka,garam & gula. Kisar semua
Kredit Resepi : Rose Mawar Merah
INGIN MENCARI MESIN PENGISAR YANG EFEKTIF DAN TERKINI, JOM BELI ONLINE DI SINI
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...