Bukan Biasa-Biasa Sambal Ikan Masin Jenahak Ni, Siap Ada Petai

Share

Kali ini RASA ingin kongsikan resipi yang sedap untuk berbuka puasa atau bersahur. Ikan masin jenahak ni lembut isinya. Sedap kalau dibuat sambal. Syaratnya kalau nak sedap, kena tumis lama dan sampai pecah minyak. Confirm makan berselera.

IKAN MASIN JENAHAK SAMBAL PETAI

BAHAN-BAHAN
100 gram isi ikan masin jenahak (dipotong dadu)
100 gram isi petai
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
3 ulas bawang merah (dikisar kasar)
2 ulas bawang putih (dikisar kasar)
3 sudu makan pes cili kering
1 sudu makan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 biji bawang besar (dihiris)
1 sudu makan sos cili

CARA MEMBUAT
1. Cuci ikan masin dan petai kemudian toskan berasingan.
2. Panaskan minyak masak. Goreng ikan masin dan petai secara berasingan dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak tinggalkan sedikit untuk menumis.
4. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan pes cili kering.
5. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan bawang besar dan sos cili. (optional)
6. Masukkan ikan masin dan petai kemudian gaul rata.
7. Tutup api dan hidangkan.

Selamat memasak!

Published by
Maryam Elyas