Siapa pernah rasa buko pandan Filipina? Enak dinikmati ketika cuaca panas.Kiub jeli pandan berenang dalam mulut. Buah longan tukar ke buah laici tin lagi sedap sebenarnya dan pastikan jangan ambil airnya. Buat banyak boleh simpan dalam peti sejuk dan tahan 3-4 hari.
Buko Pandan Filipina
Bahan-bahan:
1 peket agar-agar serbuk perisa pandan( masak dan bekukan ikut arahan dari belakang bungkusan)-beli online di sini
1 cawan teh biji sagu-beli online di sini
1 sudu kecil coconut Pandan Emulco
1 tin krimer sejat cair Saji,jika kurang kuah boleh lebihkan
1 cawan teh whipping cream non diary-pukul tak perlu sampai kembang
1 cawan air gula-ikut manis yang disukai
1 mangkuk isi kelapa
1 mangkuk kecil Nata De Coco perisa kelapa ambil isinya sahaja
Ais secukupnya
*buah logan jika suka. Sebenarnya letak buah laici dalam tin lagi sedap dari mata kucing dan pastikan jangan masuk air laici.-beli online di sini
*setengah cawan biji selasih yang telah kembang (rendam dalam air panas)
Dapatkan MUZY MICROFIBER TOWEL SET 2.0 dengan HARGA DISKAUN DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
Cara membuat:
1.Satukan semua bahan isi dan kuah dalam bekas besar.
2.Masuk ais dan seimbangkan rasa manis lemak krim ikut selera.
3.Siap untuk dinikmati.
Kredit: Aisyah Humaira
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official