Bunga Betik & Pedal Ayam Tumis Cili Padi Merecik Sedap

Share

Bunga Betik adalah salah satu makanan ulaman yang segar oleh masyarakat kampung. Rasanya agak pahit tetapi dimakan selepas dicelur dengan air panas.

BUNGA BETIK & PEDAL AYAM TUMIS CILI PADI

BAHAN-BAHAN

  • Bunga betik
  • 1/2kg pedal ayam

BAHAN TUMBUK:

  • 4 biji bawang merah kecil
  • 5 ulas bawang putih
  • Segenggam cili padi
  • Sedikit belacan
  • 2 batang serai (dititik sahaja)

 

CARA MEMASAK:

1. Bunga betik dicelur celur dangan asam jawa dalam 5-10min untuk menghilangkan sedikit rasa pahit.

 

2. Tumis bahan2-bahan yang ditumbuk kasar dengan sedikit minyak sehingga naik bau.

 

3. Masukkan pedal ayam dan tumiskan sehingga pedal masak.

 

4. Jika pedal sudah masak masukkan bunga betik tadi dan tumis beberapa minit.

 

5. Gaulkan sehingga betul sebati dan layu. Siap.

 

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Are U Miema II

Published by
Zera Naim