
Masalah nasi basi ni memang tak berkesudahan. Sama ada nasi atau periuk yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Pelbagai petua dicuba namun kesannya tidak seperti yang diharapkan.

Penat bertukar jenis beras, apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil beberapa kuntum bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh dan rendam beras seketika bersama-sama cengkih kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi akan menjadi lebih harum dan lambat basi.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Elak Terbeli Yang Pahit, Ini Tip Pilih Timun Kena Tahu


Timun A
Timun B
Tip Masak Stok Sambal Frozen Kuantiti Banyak Tapi Tak Merecik, Dapur Tak Kotor

Bagi ibu yang bekerja stok sambal frozen ini wajib buat supaya dapat mudahkan kerja memasak. Sekali buat saja, hari berikutnya cuma panaskan saja dan macam-macam hidangan boleh buat.
Memang senang kerja, tapi satu masalah bila nak buat stok sambal ni, dia punya merecik habis dinding dapur kena minyak. Ada juga yang sampai ke lantai. Nak elak kejadian begini dan menambah kerja untuk bersihkan dapur kita ikut tip dari Fiza Desa ini.
Sambal confirm tak merecik sampai sudah
Tip masak sambal tak merecik sampai ke sudah. Tip ni akan buat korang tak perlu nak lap-lap dan dapur. Sambal ini saya masak banyak dan frozenkan. Nak masak ambil masa 2 jam juga sebab guna api kecil betul supaya sambal masak dan elok kejadiannya.
1. Kuantiti bahan yang digunakan. Cili perlu direbus dan dikisar berasingan dengan bawang.

2. Mula-mula panaskan minyak secukupnya, tumis masak bawang sampai pecah minyak. Guna api perlahan. Guna penutup periuk.

3. Kemudian masukkan cili, guna api perlahan juga. Saya masuk 2-3 keping asam keping.

4. Bila dah masukkan cili, tutup semula kuali. Pastikan pakai tudung periuk yang berat. Waktu ini bolehlah nak buat kerja rumah yang lain sambil sesekali kacau.

5. Tengok dinding bersihkan, sesekali buka kacau sambal. Kalau tiba-tiba sambal meletup ganas, tutup api kejap dan terus kacau. Waktu ini boleh masukkan garam, gula, gula melaka, gula kabung dan sebagainya.

6. Ok…sambal hampir siap. Minyak kalau rasa banyak sangat, boleh ceduk dan buang. Kita guna banyak minyak supaya sambal masak elok.

7. Dah sejuk, letak dalam bekas macam ni untuk simpan dalam peti ais. Dapat 6 bekas.

8. Frozenkan sambal, bila nak guna keluarkan potong guna pisau waktu beku. Agak-agak banyak mana nak guna, lebih simpan semula.
Sambal ini boleh buat sambal ayam, udang, sambal ikan bilis, mi goreng, kuetiau dan macam-macam. Sambal ini sambal siap masak sempurna dan ada rasa.

Saya kurangkan masin supaya senang nak sesuaikan rasa dengan sambal yang kita buat. Masak 5-10 minit siap tanpa kotorkan dapur.
Sumber: Fiza Desa
Petua Mudah Bersihkan Kerang Dengan Lebih Cepat

Tercari-cari petua untuk bersihkan kerang dengan mudah? Maklumlah, kerang ni hidup di kawasan berlumpur. Jadi agak kotor. Kerang yang masih bercengkerang memang perlu dibersihkan sebelum dimasak. Ini kerana terdapat banyak lumpur yang melekat padanya. Jika tidak dicuci, bimbang pula ia akan mencemarkan makanan anda serta menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti keracunan makanan serta cirit-birit. Petuanya mudah sahaja. Ada pelbagai bahan-bahan semulajadi yang boleh anda guna untuk membersihkan kerang ni. Antaranya ialah:
7 BAHAN INI BOLEH GUNA UNTUK CUCI KERANG
1. SERAI

- Ketuk beberapa batang serai dan masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sama paras dengan kerang dan gaul berkali-kali bersama dengan serai tadi. Biarkan selama 20 minit. Toskan air dan bersihkan.
2. HAMPAS KELAPA

- Hampas kelapa jangan dibuang begitu sahaja. Ia boleh digunakan untuk membersihkan kerang. Caranya ialah gaul kerang dengan hampas kelapa. Biarkan selama 1 jam. Lebih banyak hampas digunakan, lebih mudah kulit kerang dibersihkan.
3. DAUN UBI

- Mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun ubi dan carik-carikkan. Kemudian ramas di dalam bekas berisi kerang.
4. DAUN BETIK

- Sama juga seperti menggunakan daun ubi. Ramas daun betik dan rendam seketika. Hasilnya kerang akan menjadi bersih.
5. GARAM

- Masukkan garam kasar ke dalam besin berisi kerang. Tambahkan air dan rendam selama 30 minit dan bilas bersih. Hasilnya isi kerang tidak berlumpur dan bersih. Sebaiknya guna karam kasar.
6. PELEPAH PISANG

- Cara ini berkesan untuk membersihkan kulit kerang yang kotor. Ambil pelepah pisang dan buang daunnya. Hanya ambik batang pelepah sahaja. Jika panjang, potong 2 bahagian. Masukkan kerang ke dalam besin dan sental kerang. Ulang langkah yang sama sehingga kulit kerang kelihatan bersih.
7. ASAM GELUGUR

- Masukkan beberapa keping asam gelugur ke dalam rendaman kerang. Biarkan selama 1 jam dan bilas hingga bersih.
Anda ada banyak tip memasak yang menarik? Jom kongsi dengan kami! Mana tahu wang tunai RM500 bakal menjadi milik anda.
Nak Kongsi Tip Memasak anda? Klik DISINI untuk penyertaan
Dapatkan lebih banyak PETUA DAPUR di laman web RASA:
Daun Kesum 2 Minggu Masih Segar. Begini Cara Simpan Supaya Tahan Lama
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official



