Bunga Kantan ni memang banyak gunanya terutamanya dalam masakan. Masak Asam Pedas atau laksa jika tak ada bahan ni memang kurang padu. Namun bila musim perayaan atau sebagainya, ada ketikanya bahan ini susah didapati. Jika ada pun saiznya sangat kecil dan tak segar. Mahal pula tu!
Menerusi perkongsian dari saudari Dunia Hanya Sementara Fy, beliau kongsikan cara-cara untuk menyimpan bunga kantan supaya kekal segar walau disimpan berbulan-bulan dan masih dalam keadaan baik, cantik dan tidak berbirat hitam. Bau pun tak hilang walaupun sudah disimpan selama 6 bulan. Memang terbaik. Anda boleh cuba.
PETUA SIMPAN BUNGA KANTAN SUPAYA TAHAN LAMA
BAHAN-BAHAN:
Bunga kantan
Bekas @ plastik bersesuaian
Air masak
CARA MEMBUAT:
1. Basuh hingga bersih terlebih dahulu bagi membuang segala kekotoran yang melekat.
Ads
2. Potong ikut saiz yang disukai. Sebaiknya potong dua sahaja.
3. Letak dalam plastik atau bekas yang bersesuaian. Pemilihan bekas yang sesuai juga penting supaya anda dapat menyusun dengan elok dalam peti sejuk beku.
4. Letak air masak dalam bekas bunga kantan tersebut.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam freezer @ peti sejuk beku.
6. Untuk mudahkan kerja memasak, letak dalam bekas untuk sekali masak.
7. Boleh digunakan ketika beku atau dicairkan terlebih dahulu. Tak perlu basuh kerana anda telah cuci sebelum simpan. Air pun guna air masak. Jadi tak ada masalah u ntuk terus masukkan ke dalam masakan.
Nak tahu cara goreng ikan kelisupaya tak meletup dan garing? Maklumlah ikan ni memang sedap dimasak pelbagai gaya namun masalahnya bila nak goreng. Kalau tak kena gaya, boleh berminyak satu dapur. Sebab itulah ramai yang kurang gemar masak ikan keli goreng ni dekat rumah. Lepas ni boleh cuba tip perkongsian saudari Zur Ain Salim ni. Mudah & ikan pun nampak garing dan sedap. Jom lihat cara-caranya.
PETUA GORENG IKAN KELI AGAR TAK MELETUP & GARING
BAHAN-BAHAN:
Ikan keli – bersihkan
Tepung gandum secukupnya
Air secukupnya – air dan tepung bergantung pada jumlah ikan
2-3 hiris halia bersama kulit
BAHAN PERAP (Jumlah ikut kuantiti ikan):
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit secukupnya
Tepung jagung secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Basuh bersih ikan dan rendam dengan tepung gandum. Gosok sedikit bagi membuang lendir pada ikan.
2. Bila dah hilang lendir, bilas dengan air bersih dan toskan bagi buang lebihan air. 3. Masukkan ikan ke dalam bekas dan gaulkan bersama garam, kunyit dan tepung jagung. Pastikan bersalut rata.
4. Untuk menggoreng, panaskan minyak dan masukkan halia.
5. Kemudian masukkan ikan dan goreng seperti biasa hingga garing. Hasilnya ikan keli yang digoreng tidak meletup, tak melekat pada kuali dan tidak hancur.
6. Sedia untuk dinikmati atau boleh dimasak sambal atau lain-lain menu kegemaran anda.
Betullah kata ungkapan Inggeris “An apple a day, keeps Doctor Away”. Ada banyak manfaat kesihatan yang terkandung dalam sebiji epal hijau ini.
Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Tapi eloknya makanlah bersama kulitnya kerana terdapat sebahagian dari kandungan Vitamin C di bawah kulitnya.
Tapi eloknya dikikis dulu ‘wax’ atau lilin yang biasa menyaluti epal.
Di antara khasiat kesihatan epal hijau adalah ia membantu mencegah: 1. Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah. 2. Mengurangkan risiko penyakit jantung. 3. Membantu kesihatan membran paru-paru. 4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
Kredit foto :sicoly.com
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah. 6. Membantu mengekalkan berat badan. 7. Mengurangkan tekanan penyakit asma. 8. Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman,anda boleh kisarkan epal hijau dengan saderi dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
Tapi yang lebih mengujakan lagi, ia boleh mengyegarkan kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.
Di bulan puasa ni, agak sukar untuk kita tahu rasa masakan yang dimasak. Jadi bila sampai ‘part’ untuk letak garam, memang main agak-agak je. Kadang-kadang boleh pula kita terlupa sampai dua kali masuk garam. Dah termasin pula lauknya. Jika anda hadapi masalah ini, cara-cara di bawah boleh anda cuba.
1. CUCI DENGAN AIR
Jika masakan anda terlalu masin, bahan-bahan makanan yang ada dalam kuah tersebut boleh dicuci dengan air. Caranya mudah sahaja, keluarkan daging, ayam atau sayuran dan bilas dengan air bagi mengurangkan rasa masin. Masukkan kembali ke dalam kuah yang telah ditambah dengan air. Hasilnya amat memuaskan.
2. TAMBAH KARBOHIDRAT
Sup terlebih masin? Usah risau kerana ia masih boleh diselamatkan. Cuba masukkan hirisan ubi kentang, beras ( diikat dalam uncang) atau sedikit tepung. Ini kerana sumber karbohidrat ini berupaya menyerap rasa masin dan boleh membuatkan masakan anda kembali enak.
3. MADU / GULA
Jika anda memasak hidangan seperti sambal, rasa masin tersebut boleh dikurangkan dengan menambah sedikit gula atau madu kedalam hidangan. Namun jangan terlalu banyak kerana makanan anda akan menjadi manis.
4. TAMBAH CECAIR
Untuk jenis hidangan berkuah, selain dibasuh dan ditambah sumber karbohidrat, rasa masin juga boleh dikurangkan dengan menambah jumlah cecair pada kuah seperti air dan sos tomato. Tambah seadanya sehingga rasa masin berkurangan.
5. JUS LEMON / LIMAU
Rasa masam dari buah-buahan sitrus seperti lemon dan limau boleh mengimbangi rasa masin dalam masakan. Contohnya, jika kuah tomyam anda terlalu masin, perah jus limau nipis dengan secukupnya. Ia juga menjadikan makanan lebih enak.