Makan

Burger Daging Special Keju Meleleh, Hidangan Lazat & Menyelerakan

Share

Siapa yang boleh menolak kalau terhidang di depan mata Burger Daging Special dengan Keju Meleleh yang cukup membuka selera. Makan panas-panas memang onz! Nak lagi sedap, masaklah menggunakan Keju Chesdale Burger yang terbaru ini. Selain mudah mencair, keju ni memang tinggi dengan kalsium dan protein. Nak lengkapkan hidangan, minumlah Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry. Memang menyegarkan! Jom cuba.

BURGER DAGING SPECIAL KEJU MELELEH

BAHAN-BAHAN A:

  • 400gram daging kisar
  • 1 biji telur
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh parsli kering
  • 1 sudu teh lada sulah
  • 2 sudu teh garam

BAHAN-BAHAN LAIN:

  • 2-3 biji roti bun – belah tengah
  • 10-12 keping Chesdale Burger
  • Hirisan daun salad
  • Hirisan tomato
  • Sos cili
  • Mayones
  • Anchor Unsalted Butter

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan A di dalam mangkuk lalu gaul sebati. Bahagikan kepada 3-4 bahagian atau timbang sama rata.  Kepalkan campuran daging kemudian leperkan sedikit.
  2. Panaskan sedikit Anchor Unsalted Butter dalam kuali leper.  Letak kepingan daging burger di atasnya.  Gril daging hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian.
  3. Ambil sekeping Chesdale Burger lalu letak atas daging.  Biarkan beberapa minit hingga keju cair sedikit.
  4. Di dalam kuali leper, letak 3-4 keping Chesdale Burger
    lalu cairkan sepenuhnya. Ketepikan.
  5. Sapu sedikit Anchor Unsalted Butter di permukaan roti bulat yang telah dibelah.  Gril sekejap di dalam kuali leper non stick.
  6. Untuk membuat burger; Letakkan sedikit hirisan salad, hirisan tomato di atas sebelah roti bulat.  Kemudian letak kepingan daging burger. Tuang cairan keju Chesdale Burger
    tadi ke atas daging hingga menyaluti keseluruhan daging. Letak sedikit sos cili dan mayones.  Letak sekeping lagi keju Chesdale Burger lalu tutup burger dengan sekeping lagi roti bulat.
  7. Sebagai pelengkap hidangan, hidangkan bersama Fernleaf Minuman Yogurt Greek Style Strawberry.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

IKLAN