Burger jalanan memang sedap dinikmati, tambah pula di hari hujan. Kalau rajin boleh buat sendiri burger ikut citarasa sendiri. Ikut resepi Zurina Zulkefli ni confirm menjadi. Menurutnya, kalau makan burger ni, dia suka patty daging yang tebal dan berjus, kemudian ada tomato dan salad. Jom cuba buat.
BURGER HOMEMADE
Bahan-bahan:
Daging kisar
Serbuk lada hitam
Garam
Roti bun
Kepingan keju
Sos tomato
Mayonis
Daun salad
Buah tomato
Cara membuat:
1.Daging kisar yang saya guna untuk buat patty.
2.Masukkan daging ke dalam mangkuk, tambahkan sedikit serbuk lada hitam dan garam. Kuantiti ikut citarasa.
3.Kemudian ambil sebiji bun (roti) burger basahkan dan kepalkan. Campurkan bun basah ke dalam daging kisar. Fungsi campur bun tersebut adalah untuk merangupkan rasa patty apabila dimasak nanti.
4.Gaulkan sebati.
5.Dan kepalkan daging menjadi bebola.
6.Kemudian leperkan daging menjadi patty.
7.Panaskan minyak masak dan masukkan patty. Leperkan patty ketika dimasak untuk mengelakkan patty menjadi kecut.
8.Hasilnya setelah dimasak, kelihatan sedikit garing jika patty dicampur dengan bun.
9.Masukkan kepingan keju, sambil tu ruang kuali yang ada boleh panaskan bun burger yang telah dibelah dua. Tutup kuali untuk cairkan keju.
10.Siap dimasak.
11.Ratakan sos ke atas bun : sos tomato campur sedikit mayonis
12.Letakkan daun salad
13.Letakkan patty berkeju
14.Tomato, kegemaran saya. Burger jadi lebih sedap sekiranya ada tomato.Tutup dengan bun. Jadilah burger kesukaan saya. Simple je.
15.Kejadian burger saya buat.
16.Bila digigit, rasa patty yang berjus dan memang tebal walaupun masa masak tadi saya dah cuba penyetkan bagi leper. Hehehe.
Kredit: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official