Buttermilk Chicken Meleleh buat menu ni time cuti sekolah ni mesti anak-anak suka. Kalau nak makan dengan roti pun sedap.
Kalau yang suka pedas boleh lebihkan cili, baru ngam. Masakan simple macam ni memang jadi kegemaran ramai.
Menurut empunya resipi, resipi ini antara kegemaran anak-anaknya, makan ratah pun sedap dan menyelerakan. Jangan lupa cuba!
Seekor ayam – potong kecil kecil
Tiga sudu besar butter
Setin susu cair
Selabu Bawang putih – didadukan
Sebiji bawang besar Holland – dihiris nipis
Dua biji cili api – dihiris nipis
Satu sudu kecil tepung jagung – di bancuh dengan sedikit air.
Empat tangkai daun kari – dibuang tangkai
Gula dan garam – secukup rasa
Tepung utk goreng ayam Bestari secukupnye
Kredit: Shikin Sharir
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official