Orang Parit Sulong, Johor kini tak perlu lagi tercari-cari lokasi kalau nak makan dimsum. Sebagaimana yang kita tahu, dimsum adalah hidangan masyarakat Cina namun ada ramai peminatnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Sejak Disember 2020, Cafe Dimsum menjadi sebutan masyarakat sekitar kerana keenakan dimsum yang dijual.
Paling menarik, di Cafe Dimsum ini terdapat lebih 40 jenis menu dimsum pelbagai perisa yang boleh dipesan. Memang wow! Cakap saja mahu dimsum apa, semuanya ada di sini.
Dihidangkan panas-panas selepas dikukus, pelanggan dapat menikmati kepuasan apabila makan dimsum dicecah dengan sos terpilih. Harga menu dimsum adalah serendah RM5 bagi setiap hidangan.
“Selepas negara kita dilanda wabak daripada virus Covid, memang kafe ini agak terjejas dari segi bilangan pengunjung. Tapi kami tetap berfikiran terbuka dan mengekalkan konsep kedai sebagai tempat lepak dan santai untuk seisi keluarga menikmati momen makan bersama-sama. Saya sendiri tidak berkompromi terhadap keenakan menu yang dihidang. Memang sedap, berbaloi dan puas hati!” kata Nurul Shafawani binti Rozi selaku empunya Cafe Dimsum.
MASAKAN PANAS PUN ADA
Jangan risau dengan kepelbagaian. Ini kerana Cafe Dimsum turut menyediakan masakan panas. Misalnya nasi goreng, mi goreng, bakso dan tomyam. Ada shellout juga.
Jika anda peminat hidangan pencuci mulut, turut ada waffle, kek, jagung kukus dan manisan Arab seperti kanafeh, baklava dan donita.
Senang cakap, kalau anda mahu makan-makan sempena hari istimewa pun, boleh datang ke sini kerana ada hidangan berat termasuk kek. Senang, kan?
Cafe Dimsum
No. 100 Jalan Sri Sulong, Taman Industri Sri Sulong, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
Kedai beroperasi 10 pagi – 10 malam. Tutup hari Ahad.
Anda mesti suka entri yang ini juga.
SAMBAL TANPA BELACAN
https://www.rasa.my/sambal-tanpa-belacan-tetap-sedap-dinikmati-orang-ada-resdung-pun-boleh-makan/
KARIPAP REMPAH GILING FREE UNTUK IBU HAMIL
https://www.rasa.my/bos-sendiri-turun-padang-pemilik-karipap-rempah-giling-buktikan-jual-rm2-50-sebiji-tetap-diserbu-pembeli/
OKU INI JUMPA APA DALAM SEMAK?
https://www.rasa.my/oku-bersihkan-semak-jumpa-buah-letup-rupa-rupanya-banyak-khasiat-buah-ini/
ASBAB PKP, IBU ANAK 5 NI JADI BAKER
https://www.rasa.my/pkp-punya-pasal-ibu-anak-5-ini-jadi-baker-selepas-setahun-belajar-buat-roti-secara-pjj/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI