Cakar Ayam Resipi Paling Senang Nak Buat, Sekejap Je Habis Licin

Share

Cakar Ayam antara snek tradisional yang cukup digemari hingga ke hari ini. Walau pun ada banyak pilihan biskut moden namun Cakar Ayam tetap menjadi tarikan ramai apabila dihidangkan di atas meja hidangan. Mana tidaknya, sekali makan memang tidak boleh berhenti mengunyah. Tak sedar hampir habis sebalang Cakar Ayam dimakan. Jom kita cuba buat Cakar Ayam mengikut resipi yang dikongsikan oleh Are peace

ini.

RESIPI CAKAR AYAM

BAHAN-BAHAN:

Ubi keledek putih (parut kasar)
Gula pasir – BELI ONLINE
Minyak untuk menggoreng – BELI ONLINE

CARA MEMBUAT:

1. Panaskan minyak yang banyak.

Ubi keledek yang diparut kasar.

2. Masukkan gula pasir ke dalam minyak panas. Sukatan untuk gula dan ubi adalah 2 cawan ubi parut = 4 sudu besar gula pasir

3. Kacau sehingga gula cair dan menjadi keperangan.

4. Masukkan ubi yang telah diparut tadi.  Goreng hingga keperangan (kacau jangan berhenti ketika ini)

5. Angkat dan toskan minyak. Ketika masih panas-panas, bentukkan supaya menjadi bulat. Masuk dalam acuan dan tekan dengan sudu. Boleh guna botol yang dipotong menjadi bentuk gelang. Buat sampai habis. Selepas itu bolehlah susun di dalam balang.

Sumber kredit: Are peace

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has