Jom buat cilikisar homemade yang tahan lama. Maklumlah, cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR HOMEMADE TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.- Kak Mim
CARA-CARA: 1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga cili menjadi lembut. Kemudian toskan.(tidak perlu basuh lagi, cuma tos saja. Jika basuh balik guna air paip nanti cili kisar tidak tahan lama).
3. Biarkan sekejap hingga cili agak sejuk sedikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. (beli BLENDER baru dengan harga mampu milik DISINI)
4. Letak cili kisar dalam bekas bersih bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat walau disimpan berbulan-bulan. Malah cili juga tidak berbau masam.
Cara paling mudah untuk penjimatan berganda, Puan Eka kongsikan cara untuk mendapatkan potongan telur mata dari sebiji telur yang telah di bekukan dan hasilnya sangat berbaloi. Selamat mencuba.
Alhamdulillah menjadi percubaan membuat 5 telur mata comel dari 1 bj telur…jimat nie. Boleh bubuh dlm mini burger, nasi lemak atau apa2 hidangan kegemaran. Budak2 suka sbb comel je…senang nak makan
1. Letak telur dlm peti ais bahagian sejuk beku hingga telur membeku (akk simpan 5 jam).
2. Keluarkan telur beku drpd peti ais kemudian masukkan dlm air suam dan kupas kulitnya. (boleh juga dilalukan pada air paip lagi bagus)
3. Potong2 bulat telur beku tu.
4. Panaskan minyak dan goreng telur beku hingga cair dan masak.
Agar santan segar tahan lama kita biasanya simpan di bahagian sejuk beku atau freezer. Tapi jadi masalah bila mahu menggunakan santan ini, kita perlu ambil masa yang lama untuk santan cair baru boleh digunakan.
Ramai tak tahu sebenarnya ada cara yang boleh kita lakukan untuk menyimpan santan dalam freezer agar tak beku dan boleh terus digunakan untuk memasak. Tip ini dikongsi oleh Nur Aida Md Zainuddin.
Tip simpan santan agar tidak beku dan senang guna
1. Sediakan kertas atau surat khabar kemudian basahkan. Balut santan dengan kertas surat khabar basah beberapa lapisan. Lagi banyak lagi bagus.
2. Kemudian simpan santan yang dibalut ini dalam peti ais macam biasa. Saya simpan dalam deep freezer.
3. Bila nak guna buka balutan surat khabar dan waktu ini kita akan perasan yang mengeras cuma kertas saja. Santan dalam tak mengeras.
Nak bersihkan oven / ketuhar tapi kesan kotoran susah tanggal? Maklumlah, jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan oven tanpa guna banyak tenaga.
Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.
PETUA BERSIHKAN KETUHAR
BAHAN-BAHAN:
2 cawan air – lebih pun boleh
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
Kain buruk
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
CARA-CARA:
Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda ( redai, tray dan sebagainya).
Campurkan baking soda, air dan cuka kedalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair@ pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.( masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
Sapukan cecair @ pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini.
Cukup 12 jam @ semalaman, ambik kain buruk @ berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan & spray dengan air bersih.
Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat.
CARA CUCI PERMUKAAN KACA (PINTU) KETUHAR
Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
Guna kain buruk untuk lap danbilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.
PERINGATAN:
JANGANswitch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih.
TIP DARI CHEF
Cecair bancuhan baking soda tadi juga boleh digunakan untuk rendam acuan biskut, tat dan kuih yang berkarat @ berminyak. Caranya ialah rendam semalaman @ berhari-hari. Kemudian gosok menggunakan span hingga kotoran hilang. Bersihkan dengan sabun cuci pinggan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Hasilnya, acuan kuih akan berkilat macam baru.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.