Jom buat cili kisar homemade yang tahan lama. Maklumlah, cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam. Menerusi perkongsian Puan Mim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR HOMEMADE TAHAN LAMA
Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat.- Kak Mim
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih hingga cili menjadi lembut. Kemudian toskan.(tidak perlu basuh lagi, cuma tos saja. Jika basuh balik guna air paip nanti cili kisar tidak tahan lama) .
3. Biarkan sekejap hingga cili agak sejuk sedikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis. (beli BLENDER baru dengan harga mampu milik DISINI)
4. Letak cili kisar dalam bekas bersih bertutup dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat walau disimpan berbulan-bulan. Malah cili juga tidak berbau masam.
Kredit petua & foto: Mim Nazihah
Tak ada BEKAS KEDAP UDARA? Pilih je DISINI. Ada macam-macam saiz dan bentuk.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official