Kalau ada lebihan nasi yang tidak habis dimakan, jangan dibuang. Anda boleh buat apam tapai nasi yang sangat gebu dan lembut. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati.
Menerusi perkongsian daripada saudari Nawar Azhar, cara membuat apam tapai nasi sangat mudah, namun kena menyediakan tapai nasi lebih awal untuk memudahkan kerja.
RESIPI CARA BUAT APAM TAPAI NASI
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras (saya pakai cap bunga teratai) – beli online di sini
1 cawan gula pasir (saya letak 3/4 cawan) – beli online di sini
1 cawan tapai nasi (boleh buat lebih awal satu hari)
2 cawan air
1 paket eno (kaler biru)
Acuan kecil | disapu minyak
TONTON Makan Di Mana Eps 15: Duduk Rumah Pun Boleh Layan Lauk Kenduri
TONTON Dapur Rasa Live: Spageti Sos Rendang
CARA-CARA:
1.Satukan semua bahan. Kemudian, kisar sampai halus dan sebati. Lepas tu tapis.
2. Perap dalam bekas bertutup selama 4-5 jam.
3. Selepas perap, masukkan eno. Kacau sebati.
4. Tuang adunan ke dalam acuan kecil.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
5. Kukus selama 15 minit dengan menggunakan api sederhana.
6. Pastikan air kukusan betul-betul mendidih ye.
7. Balut penutup kukusan dengan tuala bersih bagi mengelakkan air jatuh ke dalam acuan.
BAHAN TAPAI NASI:
3 cawan nasi sejuk
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
CARA BUAT TAPAI NASI:
1.Sediakan tupperware. Masukkan nasi sejuk, lerai-leraikan nasi tu. Kemudian sagat ragi atas permukaan nasi sampai habis.
2. Kemudian gaul merata ragi tadi pada nasi. Tutup, balut dengan kain dan simpan selama 3-4 hari di tempat yang gelap dan tidak terkena cahaya matahari.
3. Guna sudu plastik semasa menggaul ragi pada nasi.
4. Jika suka apam warna-warni, boleh letak pewarna dalam adunan.
Kredit resipi: Nawar Azhar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: