Puding Sagu Pelangi ni nampak sangat cantik. Malah rasanya juga sedap. Pasti ramai yang suka menikmatinya. Lebih mengujakan, resipi perkongsian Opah Mas Cotek ini juga sangat mudah disediakan. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah diperolehi malah tidak banyak. Sesuai sangat buat untuk hidangan keluarga. Malah boleh juga dijadikan bahan jualan untuk menambahkan pendapatan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
Kalau ke pasar malam, pasti anda pernah jumpa Roti Khurasan ni. Ada sesetengah tempat panggil Roti Baghdad, Roti Arbak, Roti Tabligh dan banyak lagi nama. Tapi bendanya sama je. Inti roti ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda. Memang sedap kalau makan panas-panas. Nak rasa? Jom cuba resipi perkongsian saudari Rosliza Wahab ni.
RESIPI ROTI KHURASAN
BAHAN-BAHAN:
1 keping dada ayam – cincang
4 biji bawang merah – cincang
3 ulas bawang putih – cincang
2 biji bawang besar – dadu
Sedikit lobak merah – dadu
1/2 biji lada benggala – dadu
2 batang timun – dadu
5 biji cili padi – hiris
Sos cili dan sos tomato secukupnya – ikut citarasa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Roti burger atau roti hotdog
Kulit popia secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga garing.
2. Kemudian masukkan isi ayam. Setelah nampak hampir masak, masukkan gula dan garam secukupnya.
3. Tambahkan sos cili dan sos tomato secukupnya. Gaul rata dan biarkan sehingga sedikit kering.
4. Masukkan timun, lobak merah, lada benggala, cili padi dan bawang besar. Masak hingga sayur lembut. Angkat dan sejukkan inti.
5. Potong roti dan masukkan inti secukupnya.
6. Ambil kulit popia dan bungkus roti tadi. Sapu air pada kulit popia bagi melekatkannya. ( empunya resipi guna 2 keping kulit popia untuk bungkus 1 roti.)
7. Panaskan minyak masak dan goreng roti tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya minyak tidak meresap ke dalam roti.
Buat penkek bahannya ringkas sahaja. Tepung, serbuk penaik, gula,garam adalah bahan keringnya manakala susu cair, telur dan mentega adalah bahan basahnya. Esen vanilla menambah lagi perisa. Penkek yang sedap tentulah yang gebu dan lembut, dan apabila dimakan terasa macam mencair di mulut. Tetapi mengapa bahan dan resipi yang sama, tetapi apabila dibuat kadang-kadang menjadi kenyal dan nampak macam bantat aje. Mesti ada silap di mana-mana masa membuatnya. Jom ikuti 5 tip agar penkek anda gebu dan lembut hinggakan berebut anak-anak nak makan dek keenakannya.
1. JANGAN TERLEBIH ADUN (GAUL) BATTER
Terlebih mengadun atau terlebih menggaul campuran batter akan menyebabkan ia menjadi liat. Berhenti mengadun atau menggaul batter apabila ketulan tepung sudah mengecil atau hanya ketulan kecil sahaja kelihatan. Bunyinya macam pelik sedikit ya sebab biasanya hingga segala gumpalan dan ketulan tiada lagi.
2. BIARKAN BATTER REHAT SEKETIKA.
Ketepikan batter untuk sekurangnya 15- 30 minit. Ini akan membenarkan bahan ramuan basah meresap sebati ke dalam tepung untuk teksur batter yang lebih baik.
3. ASINGKAN DAN PUKUL PUTIH TELUR
Langkah ini akan membuat penkek anda menjadi lebih gebu. Asingkan putih telur dan pukul hingga ia menjadi bertanduk dan ketepikan, biarkan seketika. Kemudian masukkan kuning telur kepada bahan basah dan setelah disatukan dengan bahan kering biarkan ia seketika tanpa putih telur. Sejurus sebelum masak, masukkan putih telur ke dalam batter. Hanya dibalik-balikkan dengan ringan dan jangan biarkan ia terlalu sebati dengan meninggalkan sedikit gumpalan putih telur di atasnya (lihat dalam gambar).
4. TUNGGU SEHINGGA GELEMBUNG KECIL KELIHATAN
Jangan dibalikkan penkek selagi tidak terbentuk gelembung kecil di tengah.
5. DIBALIKKAN HANYA SEKALI.
Penkek hanya dibalikkan sekali sahaja,ya. Ingat sekali sahaja. Bila sudah kuning keemasan baru lah diangkat untuk hidangan. – FARIDAH TALIB
Hidangan kuih Melayu punyai ramai penggemarnya. Jika beli mungkin tidak sesedap atau mengikut citarasa anda. Apa kata membuatnya sendiri. Lebih puas rasanya dan buatnya pun mudah.Jika ada yang nak mencuba, dikongsikan resipi membuatnya.
Bingka Tepung Gandum
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan air pandan
4 cawan santan pekat
5 biji telur
3 sudu marjerin
Garam secubit
2 titik pewarna hijau
Cara membuat:
1.Kisar bahan hingga sebati,sampai tak berketul-ketul.
2.Sapukan loyang dengan sedikit marjerin supaya tak melekat,Masukkan loyang ke dalam oven sekejap,bila sudah panas loyang tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.
3.Jika suka tabur lah bijan,bakar 1 jam pada suhu 180C hingga masak menggunakan api atas bawah,bila dah masak separuh tukar dengan api bawah sahaja dalam 15 minit.