Capati Ala Piza. Resipi Ringkas & Cepat Untuk Sajian Anak-Anak Yang ‘Picky Eater’.

Share

Anak-anak yang memilih makan ni pasti merisaukan ibu bapa. Bukan apa, bimbang diri mereka kekurangan zat yang sepatutnya diterima. Ada idea yang geng mak-mak boleh cuba. Di pasaran, ada banyak dijual capati sejukbeku kan? Capati bukan sahaja boleh dinikmati bersama kuah dhal, malah jika anda inginkan kelainan, doh capati sejukbeku boleh dijadikan ‘base’ untuk piza. Menarik kan? Anak-anak comfirm suka. Malah,  selain capati sejuk beku, boleh juga menggunakan paratha sejuk beku untuk hidangan ini. Memang mudah dan cepat disediakan.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 keping capati sejuk beku | dimasak hingga keperangan
  • 1 keping isi dada ayam | dihiris nipis
  • 20gm bawang putih | dicincang
  • 1/2 cawan bawang besar
  • 3 sudu makan puri tomato
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1/4 sudu teh oregano
  • 1/4 sudu teh lada sulah
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

HIASAN PIZZA:

  • 1/2 biji bawang besar | dihiris
  • 1/4 cawan keju mozarella
  • 1/4 cawan lada benggala hijau dan kuning | dihiris memanjang

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak dan tumis isi ayam yang telah diperap bersama garam dan lada hitam sehingga separuh masak.
  2. Masukkan puri tomato sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan garam,oregano, serbuk cili dan lada sulah.
  3. Dalam kuali berasingan, tumiskan bawang besar dan lada benggala untuk hiasan pizza sehingga sedikit layu. Angkat.
  4. Sudukan isi ayam dan kuah tomato yang di masak tadi ke atas capati.
  5. Hiaskan dengan bawang besar,lada benggala  dan taburkan keju  mozarella dengan secukupnya.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 5 minit atau sehingga keju cair.  Siap untuk dihidangkan.

 

Published by
Nur