Suka makan Kacang Botak? Ha…Jom belajar buat snek kudapan ni. Sangat mudah dan ringkas. Kalau beli, sikit je dapat. Nah..cuba buat sendiri menggunakan resipi perkongsian saudara Are Peace ni. Memang sedap. Sekali buat, memang dapat banyak. Jom cuba.
RESIPI KACANG BOTAK
BAHAN-BAHAN:
- 400gm kacang tanah
- 5 ulas bawang putih – ditumbuk
- 1 sudu makan serbuk cili
- 2 sudu makan gula
- 3 sudu teh garam
- 2 biji telur
- 1 sudu teh ajinamoto
- 1 kiub ikan bilis ( kalau suka perasa tomyam boleh diganti dengan kiub tomyam)
- 5 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung beras
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan kacang tanah tapi jangan basuh terlalu lama. Lepas basuh, terus keringkan. Jemur bawah matahari sampai kering. (saya keringkan dalam ketuhar je sekejap)
2. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas dan gaul sebati.
3. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung beras. Gaul sampai sebati dan kacang bersalut sepenuhnya.
4. Panaskan minyak dan goreng kacang dengan api sederhana.
5. Pastikan kacang menjadi keperangan tetapi tidak terlebih garing.
6. Semasa menggoreng, buih-buih di atas minyak akan terbentuk. Lepas masukan kacang, terus kacau tanpa berhenti untuk elakan kacang dari melekat.
7. Setelah kacang kelihatan masak, toskan minyak dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Are Peace
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI