Cara Adun Doh Pau Homemade Paling Mudah & Sedap

Share

Pau kampung atau pau homemade ni memang sedap lebih-lebih lagi jika dimakan panas-panas. Kini, tak perlu pun beli kerana anda boleh hasilkan sendiri pau sedap pelbagai inti secara homemade. Caranya sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian saudari Mawar Berduri. Pasti puas hati.

 

RESIPI DOH PAU HOMEMADE

BAHAN-BAHAN:

  • 2 ½ cawan tepung gandum
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 5 sudu makan minyak masak
  • ½ paket yis (mauripan) – campur dengan satu cawan air. Kacau dan tunggu hingga naik buih
  • Inti pilihan secukupnya – inti kacang merah ( boleh beli di kedai bahan bakeri)

 

CARA MEMASAK:

1. Satukan tepung gandum, susu pekat manis, minyak masak dan bancuhan mauripan. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.

2. Rehatkan doh dalam bekas bertutup dan biarkan selama 30 minit.

3. Bila cukup masanya, ambil doh dan bahagikan kepada beberapa bahagian. Bulatkan doh dan letak inti kacang merah dengan secukupnya. Lapik dengan kertas minyak supaya tidak melekat pada periuk.

4. Susun pau tadi di dalam periuk kukusan dan kukus selama 4 minit.

5. Untuk adunan ini, boleh dapat 15 biji pau.

INFO RASA: Selain inti kacang merah, anda juga boleh guna inti coklat, kaya, kastad, kentang, daging, sambal bilis atau sardin. Terpulang pada cita rasa masing-masing.

Kredit resipi & foto: Mawar Berduri

Published by
Nur