Ads
Home Hobi & Minat Cara Asas Masak Nasi Guna Beras Basmathi. Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

Cara Asas Masak Nasi Guna Beras Basmathi. Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

Ads

Bila tiba Aidilfitri, hidangan nasi antara menu istimewa yang wajib ada bagi menyambut kedatangan para tetamu. Antara yang popular ialah Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan banyak macam lagi. Untuk menyediakan nasi yang cantik, penggunaan beras Basmathi amat digalakkan.

Cara Asas Masak Nasi Guna Beras Basmathi. Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

Ini kerana beras ini  tidak mudah patah dan enak. Namun untuk memasak, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.

Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:

Ads

 

CARA ASAS MASAK NASI GUNA BERAS BASMATHI

1. Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.

Cara Asas Masak Nasi Guna Beras Basmathi. Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

2. Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.

3. Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.

Cara Asas Masak Nasi Guna Beras Basmathi. Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

Ads

4. Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya. Untuk masak aneka nasi bertumis, ikuti langkah-langkah yang dinyatakan dalam resipi.

Cara Asas Masak Nasi Guna Beras Basmathi. Hasilnya Memang Lembut & Gebu!

 

Ads

Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.

 
 ANTARA MENU NASI UNTUK RAYA YANG BOLEH DICUBA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI