Masalah lalat yang banyak di dapur dan meja makan memang merimaskan. Nak letak makanan dan makan pun tak senang dibuatnya. Salah satu cara untuk mengatasi masalah lalat ini adalah dengan membuat sendiri perangkap lalat.
Caranya dengan membuat bancuhan air ini dan meletakkannya di dapur atau ruang yang banyak lalat. Cara ini lalat akan tertarik terbang ke arah air bancuhan dan terperangkap di situ secara tak langsung mengurangkan masalah lalat.
Ads
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menyediakan
1/2 cawan cuka. 1/2 cawan minyak zaitun (atau minyak sayuran lain). 1/2 cawan syampu
Cara membuatnya;
Ads
1. Campurkan separuh cawan cuka, separuh cawan minyak zaitun, dan separuh cawan syampu bersama-sama.
2. Letakkan mangkuk di dapur dan tunggu lalat berkumpul padanya.
Ads
3. Biarkan campuran itu di luar selama beberapa jam atau sehingga lalat banyak terperangkap di situ. Ulang bancuhan jika perlu.
Ada tak yang suka masak pakai kunyit segar @ hidup? Guna herba ni memang masakan lebih enak dan lebih wangi. Berbeza jika kita guna kunyit serbuk. Bagi yang nak cuba, boleh ‘follow’ resipi perkongsian saudari Linda Mokhtar ini.
Untuk menghasilkan kunyit hidup kisar ini, caranya mudah sahaja. Anda hanya memerlukan:
BAHAN-BAHAN:
Kunyit segar | dibersihkan kulitnya
Beberapa keping asam gelugur
Sedikit garam
Botol @ balang
CARA-CARA:
Kisar halus kunyit dan masukkan ke dalam balang.
2. Kemudian msukkan beberapa keping asam gelugur dan juga sedikit garam. Ia bertujuan untuk memastikan kunyit kisar tahan lama dan kekalkan warna kunyit ini.
3. Simpan di dalam peti sejuk. Keluarkan apabila mahu menggunakannya. Ia sesuai digunakan untuk memasak pelbagai jenis sajian yang ada menggunakan kunyit, untuk memerap ikan, ayam dan sebagainya.
Bila tiba raya, aneka rendang pastinya antara juadah wajib ada. Salah satu yang paling disukai ramai adalah Rendang Kerang. Kena pula yang pedas, fuhh…sedap sungguh dimakan dengan lemang. Nak masaknya sangat mudah namun proses penyediaan iaitu mengupas ekrang dari kulit tu mengambil masa yang lama.
Ada petua yang boleh dicuba untuk memudahkan proses kupas kerang ni. Anda hanya perlukan:
CARA CEPAT MENGOPEK ISI KERANG
kredit: http://www.livestrong.com/
BAHAN-BAHAN:
Kerang
2 sudu makan minyak masak
Air secukupnya | untuk merebus
CARA-CARA:
Bersihkan kerang dan masukkan ke dalam periuk.
Kemudian masukkan sama paras dengan jumlah kerang serta minyak masak.
Tutup periuk dan biarkan hingga kerang masak.
Toskan air dan kopek isi kerang. Hasilnya, cengkerang akan mudah terbuka dan isi akan senang tanggal dari kulitnya.
Resdung atau sinusitis merupakan sejenis penyakit di mana rongga sinus mengalami keradangan yang disebabkan oleh jangkitan kuman. Resdung sebenarnya adalah rongga-rongga yang terdapat pada tulang muka dan bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Jika anda sering mengalami gejala seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gatal-gatal hidung, demam, letih serta berasa sakit kepala pada waktu pagi, anda mungkin salah seorang penghidap resdung. Rawat segera sebelum terlambat dan cuba amalkan petua-petua ini. In Sha Allah berkesan.
HIDRASI
Minum banyak air mineral tanpa diberi gula. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman, manis, dan jangan merokok. Semua zat pada minuman itu boleh menyebabkan lendir menebal dan menyumbat pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan keradangan lebih teruk.
SEDUT WAP AIR HANGAT
Rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.
Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.
TUAM TUALA PADA MUKA DENGAN AIR PANAS
Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Panaskan air sehingga mendidih, tunggu air sedikit suam, celupkan tuala ke dalam air, perah airnya dan tuamkan tuala di bahagian muka anda. Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.
LIDAH BUAYA
Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Caranya ialah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya secara teratur.
LIMAU NIPIS DAN DAUN PANDAN
Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.
Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Setelah selesai, cuci wajah anda dengan air biasa.
Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu – ragu ya.
KUNYIT ATAU HALIA
Kunyit mempunyai sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia ialah ia boleh menenangkan perut anda.
CUKA EPAL DAN MADU
Petua menghilangkan resdung seterusnya adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.