
Sink dapur tersumbat? Aduhh… Hilang mood. Sink di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika air mula bertakung, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah. Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.
Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan. Nak cuba? Ikut langkah-langkah ini.
CARA ATASI MASALAH SINKI DAPUR TERSUMBAT

BAHAN-BAHAN:
- 1 genggam garam kasar
- 1 jug air panas

CARA-CARA:
- Campurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudian siram ke dalam sinki yang tersumbat. Pastikan tiada air dalam sink atau tidak terlalu banyak.
- Jika sumbatan tidak teruk, air akan cepat turun. Jika masih bertakung, ulang 2 kali dan biarkan semalaman. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
- Mahu elak masalah sama dari kembali terjadi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu. Hasilnya sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Buah Keras Banyak Khasiat Tau! Salah Satunya Boleh Guna Sebagai Kosmetik! Trylah..

Buah keras antara bahan yang turut menjadi elemen utama dalam masakan orang-orang kita. Ia juga dijadikan untuk perencah, sambal atau pun gulai. Buah keras ini bukan sahaja membantu dalam memberi kepekatan masakan berkuah, malah memberikan aroma (manis) dan juga menambah kelazatan. Buah keras juga mampu elak santan menjadi pecah (minyak) dalam masakan gunakan santan pekat seperti masak lemak.

Untuk mendapatkan aroma dan kelazatan dari buah keras, ianya terlebih dahulu perlu digoreng kering tanpa minyak, ditumbuk dan dikisar halus. Sekiranya ingin buat sambal, buah keras boleh digoreng bersama bawang putih dan bawang merah dan dikisar halus.
Tip orang dahulu sekiranya buah keras ini digunakan tanpa digoreng kering dalam masakan rempah, lauk cepat basi.
Selain daripada kegunaan dalam masakan, buah keras juga sering dijadikan ramuan dalam kosmetik. Sebagai contoh, buah keras yang telah dihancurkan mampu dijadikan sebagai sabun, syampu dan juga serbuk lulur. Biji buah keras pula dikatakan mampu dijadikan sebagai sumber minyak lampu.

Antara Khasiat buah keras
- Minyak daripada buah keras boleh merawat kesan terbakar pada kulit dan kesan regangan wanita selepas bersalin
- Minyaknya juga boleh melebatkan rambut dan mampu merawat masalah rambut gugur dan bercabang
- Sebagai ramuan untuk kosmetik seperti syampoo,sabun,lulur badan dan sebagainya
- Daunnya boleh menghilangkan sakit kepala dgn izin Allah
- Sebagai penyedap masakan spt sup,kari,masak merah ayam,rendang,tumisan sayuran dan lain lain lagi
Walaupun boleh dimakan, namun begitu buah keras atau nama botaninya aleurites moluccana merupakan pokok rasmi Hawaii ini perlu dimasak sebelum dimakan kerana mempunyai kandungan toksik (saponin dan phorbol) yang tinggi ketika masih mentah.
6. Hilangkan tanda-tanda regangan di perut
Selain buahnya yang digunakan sebagai rempah masakan, beberapa bahagian pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan sebagai ubat dalam rawatan tradisional. Daun pokok buah keras dikatakan mampu digunakan untuk mengurangkan sakit kepala dan gonorea. Daun muda yang telah dipanaskan atas api dikatakan mampu dijadikan sebagai tampalan bagi melegakan tulang yang patah, lebam-lebam, luka dan kesakitan.
Minyak biji buah keras dikatakan bersifat rengsa dan julap dan kadang-kala digunakan seperti minyak jarak. Minyak ini juga digunakan sebagai perangsang rambut terutamanya dalam sistem perawatan rambut.
Minyak dari biji buah keras dikatakan mampu digunakan untuk merawat kesan kulit terbakar , tanda-tanda regang di perut bagi wanita selepas melahirkan anak dan benjol di perut. Di Sumatera, biji yang telah dibakar dikatakan boleh disapu di pusat bagi melegakan masalah kejang perut.
7. Hilangkan nafas berbau
Masalah berkaitan pencernaan juga dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan bahagian-bahagian tertentu pokok buah keras. Di Hawaii, buah dan biji yang telah dipanggang dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat merawat sembelit atau pencuci perut.
Air rendaman getah buah, bunga dan kulit pokok dikatakan mampu dijadikan ubat untuk merawat sakit tekak, tonsillitis, sakit gigi dan juga nafas berbau. Bagi mengelakkan jangkitan terhadap ulser dan bengkak luaran, getah buah keras juga boleh digunakan untuk disapu pada bahagian tersebut. Manakala kulit pokok dan buah yang masih berwarna hijau dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah pernafasan terutamanya asma dan batuk.
8. Rawatan tumor
Di Jepun kulit kayu ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat tumor. Di Jawa, kulit kayu pokok buah keras ini dikatakan mampu digunakan untuk merawat masalah diarrhea berdarah dan juga disenteri. Air rendaman kulit kayu pula dikatakan mampu dijadikan sebagai ubat untuk merawat ketidak suburan wanita.
Walaupun terdapat pelbagai kegunaan setiap bahagian pokok buah keras ini, namun begitu penggunaannya perlulah mendapatkan nasihat pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
RESIPI SAMBAL BUAH KERAS

BAHAN-BAHAN:
- 5 biji Buah Keras
- 1 biji Cili Hijau
- 1 biji Cili Merah
- 1 biji Bawang Merah
- 1 biji Bawang Putih
- 5 biji Cili Padi
- 1 biji Tomato
CARA MEMASAK:
1. Gorengkan semua bahan di atas sekejap atau sehingga agak layu.
2. Letak sedikit garam
3. Isi ikan goreng – ambil agak-agak dari 2 ekor ikan kembung
.4. Tumbukkan bahan yg telah digoreng dan masukkan isi ikan, perasakan.
5. Sedia dihidangkan.
RESIPI AYAM MASAK BUAH KERAS

BAHAN A
- 12 ketul ayam yg dipotong kecil
- sedikit garam
- sedikit kunyit serbuk
BAHAN B (DIKISAR)
- 2 batang serai
- 4 biji buah keras
- 1st ketumbar
- 1/2 biji bawang besar
- 4 biji bawang putih
- sedikit halia
- sedikit kunyit basah
- sedikit belacan
BAHAN LAIN
- 3 helai daun limau
- 1 biji tomato ~ dipotong kasar
- cili padi secukupnya ~ diketuk
- 1/4 cawan santan
- garam dan gula secukupnya
- minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan bahan A, goreng separuh masak, ketepikan.
- Tumis bahan B hingga wangi, masukkan daun limau, cili padi, santan dan biarkan mendidih.
- Masukkan ayam, tomato, garam, gula dan masak hingga pekat. Kepekatan ikut selera masing2
Petua Mudah & Berkesan Atasi Masalah Nasi Lembik.

Masak nasi terutamanya jika guna beras tempatan, sukatan air mesti cukup-cukup. Tak boleh lebih, tak boleh kurang. Tapi kadang-kala terjadi juga masalah masak nasi terlebih air ni. Selalunya ia akan berlaku jika anda tukar jenama beras, masak sambil fikir benda lain atau minta anak-anak atau suami yang tolong jerangkan. Kalau ia terjadi, alahai…Kecewanya.

Bercakap mengenai nasi lembik ni, kalau boleh memang nak elak dari terjadi sebab ada sesetengah dari kita boleh je makan nasi begini tetapi ada yang kurang suka. Malah kalau nak buat nasi goreng pun, memang tak sedap kalau guna nasi macam ni. Oleh itu, jika anda berhadapan dengan masalah sebegini, ini petua yang boleh dicuba.
PETUA GEBUKAN KEMBALI NASI YANG LEMBIK

Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.

Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
Cara Buat Bawang Goreng Homemade Rangup & Tahan Lama.

Bawang goreng memang sedap lebih-lebih lagi jika ditambah dalam masakan bersup. Malah kalau buat sendiri secara homemade, lagi enak. Terasa kemanisannya. Ratah macam tu je pun sudah membuka selera. Memang ada yang jual bawang goreng readymade namun rasanya kurang memuaskan hati. Nak cuba buat sendiri? Ini cara-caranya untuk menghasilkan bawang goreng homemade yang sedap, rangup dan tahan lama. Puan-puan boleh cuba.

PANDUAN MASAK BAWANG GORENG YANG SEMPURNA

1. Kupas bawang. Kemudian direndam di dalam air garam selama 10 minit.

2. Bilas bersih sebelum dihiris nipis.

3. Masukkan tepung gandum ke dalam hirisan bawang dan gaul rata.
4. Goreng bawang atas api sederhana sehingga garing.

5. Kemudian simpan dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama dan lebih wangi dan rangup.
INFO CHEF: Untuk hasil bawang goreng yang terbaik, pilih bawang merah yang berkualiti dan tidak layu. Selain itu, sebaik-baik bawang merah yang sesuai digoreng adalah yang bersaiz sederhana.

