Cara bakar ikan atas kuali tanpa guna arang. Garing di luar dan tetap juicy isi di bahagian dalamnya. Sedap sungguh.
Nak tahu rahsianya? Api mesti perlahan dan selepas 1-2 minit baru buka api sederhana besar. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Aisyah Humaira ini ye.
4 ekor ikan cencaru saiz besar (cuci bersih atau apa-apa jenis ikan pun boleh)
1-2 helai daun pisang
Garam – boleh beli online di sini
Gula – boleh beli online di sini
Serbuk perasa – boleh beli online di sini
Minyak masak
Bahan Kisar Dan Tumis:
4 sudu besar cili kering kisar (jika suka pedas boleh lebihkan) – boleh beli online di sini
2 biji buah keras
6 labu bawang besar
4 biji bawang merah/kecil – boleh beli online di sini
3-4 ulas bawang putih – boleh beli online di sini
2 batang serai
1 inci kunyit
2 hiris lengkuas – boleh beli online di sini
6 tangkai daun kesum (ambil daun sahaja) – boleh beli online di sini
2 helai daun limau purut – boleh beli online di sini
Untuk masak perencah ikan; Kisar semua bahan tumis di atas kecuali cili kisar. Kemudian masak bahan tumis bersama cili kisar hingga pecah minyak.
Terus masak seperti kita membuat sambal. Kacau dan biarkan ia makin pekat. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perisa secukup rasa. Tambah daun kesum dan daun limau purut. Gaul sekata. Dah masak, angkat. Ketepikan.
Untuk masak ikan; tuang sedikit minyak dalam kuali dan lapik daun pisang. Letak perencah ikan bakar diikuti ikan.
Tuang lagi perencah atas ikan dan tutup dengan daun pisang. Bolehlah mula bakar.
Tutup kuali. Sebelah ikan dah masak bolehlah balikkan dan bakar sehingga ikan masak.
Lembut dan juicy isi ikan. Ratah pun sedap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official