Adunan Lempeng yang sempuran akan menghasilkan hasil yang sedap dan gebu. Sangat enak dimakan panas-panas bersama madu ataupun sambal tumis. Namun ramai yang kurang tahu cara-cara nak adun lempeng ni. Terasa nak makan lempeng esok? Nah..resipi dan panduan perkongsian saudari Kaseh Sery ni sangat sesuai anda cuba. Pasti puas hati dengan hasilnya.
LEMPENG KAMPUNG GEBU & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
Ads
3 senduk tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil mauripan
2-3 sudu gula
Sedikit garam
2-3 cawan air (adunan tak cair & tak pekat sangat)
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan adun sebati. Biarkan adunan selama lebih kurang 1 jam.
2. Panaskan kuali dan oles sedikit minyak. Tuang satu senduk adunan lempeng dan masak seperti biasa.
3. Angkat dan enak dinikmati bersama sambal tumis atau susu pekat manis.
Nota: Lempeng ini juga sedap dimakan bersama kelapa parut.
Suka makan Kuih Ketayap? Jom cuba resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni. Resipi ini sangat mudah dan sedap. Sesuai dicuba oleh anda yang nak makan kuih tradisi versi air tangan orang tu dulu-dulu. Inti yang lemak manis, sedang elok rasanya. Bila digulung dalam dadar, memang enak. Jadi jomlah kita cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT KUIH KETAYAP
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online disini
1 cawan santan
1 1/2 cawan air pandan
2 biji telur C
1 sudu makan minyak masak
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Satukan kesemua bahan, sebatikan. Boleh juga dikisar guna blender.
2. Panaskan kuali (non stick jika ada) guna api perlahan. Jika tiada, guna kuali biasa tapi sapu kuali dengan sedikit minyak.
3. Masukkan 1 senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan/lenggangkan.
4. Biarkan dadar masak. Tak perlu diterbalikan.
5. Angkat, ketepikan dan ulang Langkah sama sehingga habis adunan.
6. Sementara menunggu kuih masak, letakkan inti diatas dadar Kuih Ketayap yang sudah siap lipat kiri kanan, gulung dan kemaskan. Siap.
BAHAN INTI (boleh buat awal):
1 biji kelapa muda – diparut
1 cawan air
4 keping gula kerek / melaka (gula merah pun boleh) – beli online disini
Gula pasir secukup rasa
2 helai pandan – disimpul
Sedikit tepung gandum
CARA MEMASAK:
1.Didihkan air, masukkan gula kerek, gula pasir dan dau pandan. Masak hingga larut
2. Masukkan kelapa parut dan kacau rata.
3. Bila inti agak-agak nak kering, (opah suka lembab sikit) taburkan tepung gandum. Sejukkan
**fungsi tepung supaya inti melekat dan tidak berderai
Muffin pisang coklat chips paling senang nak buat. Tak perlu gajet pelik-pelik pun boleh bikin ok. Anak-anak pasti menyukainya. Dapat juga nikmati kudapan yang enak ni selepas makan malam nanti.
Satukan tepung gandum, baking powder, soda bikarbonat dan garam kemudian ayak. Ketepikan.
Dalam mangkuk besar yang lain, satukan mentega yang dah dicairkan, gula perang, pisang lecek, telur dan esen vanilla dan pukul dengan hand whisk hingga sebati. Tak perlu pukul berlebihan.
Masukkan campuran tepung ke dalam mangkuk berisi campuran pisang, gaul dengan spatula hingga sebati. Masukkan coklat chips dan gaul rata.
Sendukkan bancuhan ke dalam cawan muffin kertas hingga 3/4 penuh.
Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180-190C selama 20-25 minit atau hingga muffin masak. Nikmati panas!
*pilihan pisang yang sesuai; berangan, lemak manis, embun dan emas. Pisang lain kurang sesuai.
*coklat chips boleh gantikan dengan cincangan coklat masakan.
Donat pandan tanpa telur ini tetap gebu dan lembut. Donat adalah kuih yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia, dinikmati bila-bila masa saja. Tak kira pagi atau petang.
Ia juga selalu ada kalau acara makan-makan diadakan. Kali ini, resipi yang dikongsikan oleh Helley HNini agak berbeza kerana berperisa pandan dan berwarna hijau.
Selain itu, rupanya resipi ini tak menggunakan telur langsung. Tapi ternyata ia tetap gebu dan lembut. Ikuti resipi yang dikongsikan ini.
Pertama, satukan bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
Kemudian satukan bahan B hingga sebati. Akhir sekali, masuk yis dan kacau. Selepas itu tutup Biarkan doh kembang.
Setelah doh kembang, masukkan ke dalam adunan tepung tadi.
Uli doh agak-agak sudah sebati, ambil satu sudu majerin. Uli lagi dalam 5 minit.
Biarkan kembang dalam 1 jam. Pastikan doh tadi ditutup menggunakan kain lembap.
Selepas 1 jam, uli lagi sekejap. Setelah itu, bahagikan doh menjadi kecil-kecil. Kemudian bulatkan. Biarkan kembang dalam 10 -15 minit. Setelah itu bolehlah digoreng.
Panas minyak dalam kuali. Janngan guna api besar. Biar panas dengan api sederhana kecil. Goreng donat dua kali pusing je..
Jangan banyak kali pusing, nanti donat serap minyak. Angkat toskan. Taburkan gula kastor dan sedia untuk dinikmati.