Ayam goreng bersalut tepung yang rangup kalau dihidang memang memancing selera. Dari tak nak makan, boleh cancel bila lihat ayam goreng rangup ini panas-panas.
Buat lauk ini setiap hari pun tiada masalah terutama kalau di rumah ada kanak-kanak. Cumanya kalau guna tepung ayam goreng yang dibeli memang tak dapatlah berjimat, melainkan buat sendiri.
Tepung ayam goreng ini memang boleh sangat dibuat sendiri. Cuma beli sekilo tepung dan bancuh sendiri mengguna beberapa bahan yang sememangnya ada di rumah. Lima minit dah siap bancuh.
Saya nak kongsikan resepi Tepung goreng ayam dalam masa 5 minit, dengan modal RM3 untuk 1kg tepung
1kg tepung gandum
1 cawan tepung jagung atau tepung beras lagi rangup
3 sudu setengah garam
2 sudu lada hitam
setengah sudu aji
3 sudu serbuk cili
1 sudu serbuk kari
setengah sudu gula
1. Kisar halus lada hitam bersama garam, gula dan Ajinomoto.
2. Satukan bahan yang dikisar Bersama dengan tepung dalam satu bekas bertutup. Goncang hingga semua bahan sebati. Dah siap tepung ayam goreng!
3. Cara menggunakan, gaul ayam bersama tepung goreng ayam tadi dan juga telur. Perap dulu, sebelum digoreng gaulkan sekali lagi dengan tepung goreng ayam yang kering hingga semuanya salut.
4. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Sedia dihidangkan.
Sumber: Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official