Cara Bancuh Tepung Pisang Goreng Supaya Hasilnya ‘Crunchy’, Macam Beli Gerai Tepi Jalan

Share

Pisang atau keledek goreng antara hidangan petang yang boleh hari-hari kita layan. Tapi biasanya kita beli saja di gerai tepi jalan sebab rasanya lebih sedap. Paling penting pisang goreng ini ranggup, dan inilah yang buat kita ketagih nak beli hari-hari.

Namun begitu kita juga sebenar boleh hasilkan pisang goreng macam jual di gerai asalkan tahu bancuhan atau sukatan tepung yang digunakan.

Nak cuba? Boleh ikut cara bancuhan yang dikongsi oleh Normala Kori.

Beliau sebelum ini pernah menjual hampir 200kg pisang goreng sehari menggunakan bancuhan tepung yang sama.

Cara bancuh tepung goreng pisang supaya hasilnya crunchy, krup krap

Resipi pisang goreng crunchy, tepung bancuh sendiri. Tak perlu tepung segera.

  1. Sediakan bahan berikut dan gaul bahan ini sebelum letak air :
    -2 cawan tepung beras
    -1 cawan tepung jagung
    -1/2 cawan tepung gandum setengah cawan
    -1 biji telur gred C (jika guna telur gred A, ambil separuh saja. Jika banyak telur keranggupan tidak tahan lama)
    -1/2 sudu teh serbuk kunyit
    -4 sudu makan air kapur (agak-agak saja, tapi jangan terlebih nanti berbuih)
    -1/2 sudu teh garam
    -1 sudu besar mentega (boleh juga tambah kelapa parut atau mesin dalam 3 sudu untuk tambah berlemak).

2. Selepas bahan di atas digaul baru masukkan air dalam 2 cawan yang sama. Gaul rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat nanti kerak tak cantik.

3. Bila nampak bancuhan sudah elok, letakkan pisang atau keledek untuk digoreng.

4. Pastikan minyak betul-betul panas dan banyak untuk menggoreng.

5. Jika nak kerak melekat pada pisang atau keledek renjis minyak panas pada bancuhan tadi. Selepas itu baru letak pisang di atasnya. Cara ini goreng pisang akan ranggup hingga 4-5 jam.

6. Jika tak mahu pisang goreng serap minyak, elakkan guna api terlalu perlahan.

Resipi bancuhan ini juga boleh digunakan untuk berniaga, dihalalnya oleh empunya resipi. Cuma kita doakan kesihatan beliau yang kini sedang dalam rawatan kanser.

Selamat mencuba

Sumber: Normala Kori

 

Published by
Rose