Sagu memang sedap dijadikan sajian pencuci mulut, manisan atau dicampur dalam kuih muih. Jika sagu biji kecil, agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni, lain sikit perangai dia. Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek, sagu kasar terlalu banyak kanjinya. Jadi kena pandai masak barulah ia jadi betul-betul jernih dan tidak mata ikan. Nak tahu caranya? Jom baca seterusnya.
TIP REBUS SAGU KASAR SUPAYA JERNIH, BULAT & TAK HANCUR
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk sagu kasar
6 mangkuk air
CARA MEMASAK
(BAHAGIAN 1):
1. Didihkan air dan masukkan sagu. Masak guna api perlahan.
2. Biarkan selama 25- 30 minit. Kacau sekali sekala.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sagu di dalam periuk menjadi suam.
4. Kemudian basuh sagu tadi dan toskan.
(BAHAGIAN 2):
1. Masak lagi air dalam periuk hingga mendidih.
2. Masukkan sagu yang ditoskan tadi. Biarkan selama 15 minit.
3. Tutup api dan tutup periuk. Biarkan sehingga sagu sejuk atau hingga biji sagu menjadi jernih dan tiada mata ikan.
4. Basuh, toskan dan siap untuk dinikmati dengan cara pilihan anda.
TIP UNTUK DAPATKAN BIJI SAGU YANG SEMPURNA
Jangan basuh biji sagu kering.
Jangan rendam biji sagu sebelum dimasak.
Untuk memasaknya, terus masukkan biji sag uke dalam air mendidih.
Elakkan terlalu kerap mengacau sagu di dalam periuk.
Wow…Geram sungguh melihat sayur sawi yang ditanam oleh saudari Nur Zaliana ni. Sihat dan subur semuanya. Bila melihat hasil tanaman yang sempurna sebegini, pasti ramai di kalangan kita pun berasa nak cuba untuk tanam sayur sendiri. Sekurang-kurangnya boleh dijadikan sumber sajian keluarga. Tidak perlu beli lagi di kedai. Malah bila tanam sendiri ni, lebih yakin dari segi penggunaan bahan kimia dan juga baja. Nak cuba tanam sendiri sayur sawi di rumah? Boleh cuba panduan di bawah ini.
CARA TANAM SENDIRI SAWI ORGANIK DI RUMAH
Untuk memulakan tanaman sawi organik di rumah, anda perlu:
1. Sediakan batas sepanjang 5 meter dengan lebar 1 meter.
2. Gembur tanah, masukan tinja ayam proses anggaran setengah guni (15kg). Jika mahu tambah kompos daun-daun kering pun boleh. Peram tanah selama 2 minggu (sementara tunggu benih cukup usia untuk dipindah tanam ke batas)
3. Benih sawi hijau caisim yang berusia 12HSS (hari setelah semai) sedia pindah tanam. (Nur Zaliana tabur benih atas tanah terus direct matahari)
4. Buat lubang antara tanaman dengan jarak 5cm/pokok. Tanam sampai habis kemudian siram.
5. Keadaan Pokok Sawi setelah 4 hari pindah tanam.Cuma pastikan kawalan serangga menggunakan Neem oil /cuka kayu.
6. Usia Sawi 2 minggu. Cabut rumput dan membaja. Nur Zaliana guna tinja ayam sahaja. Sekali lagi kawalan serangga menggunakan Neem oil/cuka kayu.
7. Di usia 3 minggu, sayur sawi nampak sekata. Hentikan membaja.Kawalan serangga guna Neem oil /cuka kayu.
8. 36-40HST (hari setelah tanam), sawi sudah boleh dituai.
Kalau ada kuah kari lebih, selain buat lempeng atau cucur apa kata buat roti Arab pula. Cara membuat dan bahannya mudah saja. Jika nak hasil yang gebu lembut boleh ikut resipi yang dikongsi ini.