Cara Bersihkan Oven Kotor Guna 3 Bahan. Memang Berkesan.

Share

Nak bersihkan oven / ketuhar tapi kesan kotoran susah tanggal? Maklumlah, jika selalu guna untuk masak macam-macam makanan, pasti akan kotor. Jika dibiarkan, memang susah nak tanggal kesan makanan yang terpercik tu. Namun ada cara mudah sebenarnya untuk anda bersihkan oven tanpa guna banyak tenaga.

Petua yang dikongsi oleh Chef Asma ni memang mudah. Hanya menggunakan bahan-bahan yang memang ada di dapur sahaja. Jom cuba. Pasti ketuhar anda kelihatan lebih bersih dan seakan baru.

PETUA BERSIHKAN KETUHAR

 

BAHAN-BAHAN:

  • 2 cawan air – lebih pun boleh
  • 2 cawan cuka
  • 1 cawan baking soda @ soda bikarbonat
  • Kain buruk
  • Botol spray
  • Mangkuk
  • Berus dawai periuk kasar

CARA-CARA:

  1. Keluarkan semua perkakasan dalam ketuhar anda ( redai, tray dan sebagainya).
  2. Campurkan baking soda, air dan cuka kedalam mangkuk. Tujuannya untuk jadikan campuran tu kepada cecair@ pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.( masa tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih.)
  3. Sapukan cecair @ pes tadi pada permukaan kotor dalam ketuhar. Baking soda akan bertukar jadi warna perang.
  4. Biarkan selama 12 jam. Kena ikut supaya hasilnya menjadi seperti yang diingini.
  5. Cukup 12 jam @ semalaman, ambik kain buruk @ berus dawai kasar dan gosok hingga hilang kesan minyak pada ketuhar.
  6. Lap permukaan ketuhar hingga bersih. Kemudian bilas dengan sabun pencuci pinggan & spray dengan air bersih.
  7. Kemudian lap dengan kain hingga betul-betul bersih. Hasilnya, ketuhar anda pasti berkilat.

CARA CUCI PERMUKAAN KACA (PINTU) KETUHAR

foto: http://stokkeland.info
  1. Ulang langkah pertama tadi dengan menyediakan pes baking soda.
  2. Sapu pes pada kaca ketuhar dan biar selama 30 minit.
  3. Guna kain buruk untuk lap danbilas dengan air bersih. Pastikan anda lap hingga kering.

PERINGATAN:

  • JANGAN switch on ketuhar jika cermin oven masih basah. Pastikan betul-betul kering baru boleh on.
  • Pastikan bahagian dalam ketuhar juga benar-benar kering sebelum digunakan. Jika tidak ia boleh menyebabkan ketuhar berasap dan jika nasib tidak baik, cermin juga akan pecah.
  • Jangan simbah air pada kipas ketuhar. Cukuplah sekadar lap hingga bersih.

 

TIP DARI CHEF

foto: Chef Asma Nordin

 

foto: Chef Asma Nordin

Cecair bancuhan baking soda tadi juga boleh digunakan untuk rendam acuan biskut, tat dan kuih yang berkarat @ berminyak. Caranya ialah rendam semalaman @ berhari-hari. Kemudian gosok menggunakan span hingga kotoran hilang. Bersihkan dengan sabun cuci pinggan. Akhir sekali, bilas dengan air bersih. Hasilnya, acuan kuih akan berkilat macam baru.

 

Kredit petua: Chef Asma Nordin

Published by
Nur