Ramai yang suka makan paru tapi mungkin tak pernah memasaknya sendiri. Bagi yang pertama kali mahu menyediakan hidangan paru paling penting sebelum memasak paru ini adalah cara membersihkannya.
Paru ini harus dibersihkan dengan betul supaya tidak berbau hanyir. Bagi yang belum tahu caranya boleh gunakan panduan dari Afy Al Habibi.
Cara bersihkan paru supaya tak berbau hanyir
Ketelitian membersihkan bahagian paru sangatlah penting. Tak boleh buat acuh nanti bau hanyir sekiranya air darahnya tidak dibersihkan betul-betul.
1. Cuci paru sampai hilang warna air darah.
2. Kemudian rendam dengan air gandum/cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali.
Ads
3. Seterusnya baru masukkan dalam periuk berserta air. Guna periuk yang besar supaya senang untuk membalikkan paru.
4. Dalam periuk campur sekali;
– asam keping
– garam
– serai (jika suka, ia boleh kurangkan bau hanyir)
– halia
Ads
5. Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.
6. Sebelum tutup api, cucuk-cucuk paru untuk melihat bahagian dalamnya. Sekiranya tidak lagi berwarna merah bermakna sudah cukup masak dan boleh tutup api.
Ads
7. Buang semua air rebusan dan toskan. Boleh juga lalukan di bawah air sekejap sebelum ditoskan. Kemudian bolehlah dihiris untuk dimasak ikut citarasa.
Nak masak rendang ayam atau daging tapi dalam kuantiti sikit sebab ahli keluarga tak ramai. Masalahnya resipi yang ada kebanyakannya dalam kuantiti banyak.
Bagi yang mahir memasak rendang tak jadi masalah tapi buat yang baru belajar memasak dah tentu keliru dengan sukatan. Bagi memudahkan anda yang ingin memasak dalam kuantiti sedikit boleh ikut resipi perkongsian Masmira Idris ini.
Beliau yang mengambil tempahan rendang dan biasa membuat rendang dalam jumlah yang banyak tapi kali ini berkongsi sukatan rendang untuk seekor ayam atau sekilo daging.
Resipi Rendang Ayam Seekor/ Daging Sekilo
Bahan-bahan
Ayam 1 ekor / daging 1 kg
Bahan kisar:
1 genggam atau lebih cabai kering
Sedikit cili padi (jika ingin pedas)
5-6 ulas bawang merah
1 labu kecil bawang besar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
Lengkuas banyak (1.5 kali ganda tapak tangan)
7-8 batang serai
2 sudu biji ketumbar
2 inci kunyit hidup
Bahan lain:
300g santan
Sedikit kerisik
1-2 keping asam keping
Sedikit gula melaka/merah
Sedikit gula batu
Cara membuat:
Kisar semua bahan tapi jangan halus sangat.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar tadi
Boleh masuk santan siap-siap. Kalau nak letak akhir pun boleh, terpulang. Jika letak awal, kuah cepat pecah minyak dan garing.
Masukkan garam gula, gula melaka, gula batu, asam keping, sedikit kerisik ( jika masak rendang daging, letak garam akhir)
Masak sampai pecah minyak dan garing.
Masuk ayam/daging dan tambah air.
Masuk daun kunyit yang dihiris halus. Koyak-koyakkan daun limau purut masuk dalam kuah.
Ada yang teringin nak makan nasi daging utara? Tak perlu lauk banyak, cukup dipadankan dengan air asam padu yang memang ummpphh, sedap!
Resipi daripada orang utara sendiri, Rozie Rahman memang senang dan cepat. Lain orang lain style, lain citarasa, tapi hasilnya akan lebih kurang je. Jom kita cuba!
1. Daging dibasuh dan direbus. Saya letak beberapa tangkai agar-agar tali nak bagi daging cepat lembut. Tambah halia dan pes rempah kurma. Rebus sehingga empuk.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan 4 sekawan dengan mentega. Kacau rata. Kemudian masukkan pes rempah kurma (yang ni saya dah kisar khas resepi warisan), tapi kalau tak ada macam ni, bancuh je pes rempah serbuk, kisar dengan bawang dan halia bagi pekat).
4. Beras dibasuh dan ditos. Kemudian, masukkan ke dalam periuk bersama daun pandan. Tuang semua tumisan (langkah 2) ke atas beras. Masukkan air rebusan daging serta beberapa ketul daging kalau ada banyak (tak letak daging pun ok je).
5. Biarkan masak separuh, kemudian buka periuk, tambah susu cair. Kalau nak masukkan kismis, campak je masuk waktu ni. Biarkan terus masak. Kalau mentah, mungkin sukatan tadi ada masalah atau nasi penuh periuk. Tapi jangan risau, boleh kukus sekejap, selesai.
BAHAN AIR ASAM PADU:
20 biji cili padi hijau – beli online di sini 5 biji cili besar – beli online di sini 3 inci belacan – beli online di sini *kisar semua bahan di atas 10 biji cili padi hijau | dihiris halus 5 biji cili besar merah | dihiris halus 2 biji bawang besar | dihiris halus 4 biji tomato (saiz sederhana besar) | dihiris halus 2 biji limau nipis – beli online di sini
1. Kisar cili padi, cili besar dan belacan guna air rebusan daging tapi jangan banyak sangat airnya. Bagi pekat. Jangan kisar halus sangat. Sedang-sedang saja. Dah siap, tuang dalam mangkuk. 2. Kemudian, masukkan cili padi, cili merah, bawang besar dan tomato ke dalam bahan kisar tadi. Tambah masuk limau nipis/ lemon berserta air asam jawa (jangan cair sangat).
3. Kalau ada limau kasturi, masukkan juga bagi meriah. Tak perlu picit. 4. Gaulkan semua. Masukkan air rebusan daging dan kerisik. Boleh terus masukkan hirisan daging, gaul sekali. Kalau suka ajinomoto, bubuh sikit. Siap.
Asam pedas ni ada bermacam-macam jenis. Ada Asam Pedas Kembung, Asam Pedas Pari, Asam Pedas Sotong, Asam Pedas Ayam dan banyak lagi. Kalau Asam Pedas Daging pula, paling sedap guna daging tetel. Ada lemak-lemak sikit, lembut-lembut kenyal rasa dia. Memang best! Terasa nak cuba? Jom cuba resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ni. Selamat mencuba!
RESIPI ASAM PEDAS DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel
1 mangkuk air asam jawa
Sedikit gula melaka
Garam secukup rasa
3-4 helai daun limau purut – buang tulang tengah
3 batang serai – ketuk
BAHAN KISAR HALUS:
15@10 tangkai cili kering
4 biji bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 inci belacan
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
CARA MEMASAK:
Rendam cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas terlebih dahulu sebelum dikisar halus.
Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
Seterusnya masukkan daging tetel. Masak sampai air daging keluar.
Tambahkan air asam jawa, serai dan daun limau purut. Biarkan mereneh seketika.
Perasakan dengan garam dan gula melaka dengan secukupnya. Teruskan masak hingga daging empuk.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Daging tetel boleh juga direbus terlebih dahulu. Tetapi air rebusan jangan dibuang dan boleh masukkan ke dalam kuah nanti.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!