Ramai yang suka makan paru tapi mungkin tak pernah memasaknya sendiri. Bagi yang pertama kali mahu menyediakan hidangan paru paling penting sebelum memasak paru ini adalah cara membersihkannya.
Paru ini harus dibersihkan dengan betul supaya tidak berbau hanyir. Bagi yang belum tahu caranya boleh gunakan panduan dari Afy Al Habibi.
Ketelitian membersihkan bahagian paru sangatlah penting. Tak boleh buat acuh nanti bau hanyir sekiranya air darahnya tidak dibersihkan betul-betul.
1. Cuci paru sampai hilang warna air darah.
2. Kemudian rendam dengan air gandum/cuka atau perahan limau nipis. Seterusnya basuh dan toskan lagi sekali.
3. Seterusnya baru masukkan dalam periuk berserta air. Guna periuk yang besar supaya senang untuk membalikkan paru.
4. Dalam periuk campur sekali;
– asam keping
– garam
– serai (jika suka, ia boleh kurangkan bau hanyir)
– halia
5. Rebus kira-kira 35 minit dalam api sederhana besar. Tak perlu tutup periuk, nanti air melimpah. Sesekali balik-balikkan paru ini.
6. Sebelum tutup api, cucuk-cucuk paru untuk melihat bahagian dalamnya. Sekiranya tidak lagi berwarna merah bermakna sudah cukup masak dan boleh tutup api.
7. Buang semua air rebusan dan toskan. Boleh juga lalukan di bawah air sekejap sebelum ditoskan. Kemudian bolehlah dihiris untuk dimasak ikut citarasa.
Semoga bermanfaat
Sumber: Afy Al Habibi