Mesti ramai yang menerima daging korban sempena Aidiladha baru-baru ini. Jika belum berhajat untuk memasak daging korban ini pastikan  ia disimpan dengan cara yang betul supaya kualiti daging segar ini terjaga.

Untuk menyimpan daging yang baru disembelih ini memang ada caranya. Bukan pakai masuk dalam freezer saja. Kena ikut kaedah ini supaya kualiti daging itu terjaga dan tahan lama.

1. Jangan cuci daging korban sebelum disimpan

Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman mungkin akan masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakkan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.

2. Potong dalam kuantiti kecil

Jika mendapat daging dalam jumlah yang banyak, jangan simpan daging keseluruhan daging dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

IKLAN

Bila hendak memasak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan dalam jangka masa lama.

3. Elak terus simpan daging dalan ruang sejuk beku

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

IKLAN
4. Jangan cairkan daging beku guna air panas

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia untuk dimasak.

IKLAN
5. Jangan simpan pakai plastik hitam

Jika menerima daging korban dalam plastik hitam, keluarkan. Jangan simpan menggunakan plastik hitam kerana plastik warna hitam ini adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat menyebabkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar.

Sumber: Vanilla Kismis

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI